in ,

BiggerBreak Sebentar Bersama KitKat


Suasana persekitaran tempat kerja serta rutin harian aku banyak dihabiskan dengan menghadap komputer dan laptop. Boleh dikatakan setiap hari aku menghabiskan masa diantara 12-13 jam membuat kerja yang melibatkan data sheet, technical drawing serta tidak dilupakan juga kerja-kerja blog.

Kerja sebegini jika diikutkan sebenarnya bukan sahaja memenatkan mata, malah turut memenatkan badan kerana terpaksa duduk di kerusi meja dengan postur badan yang statik untuk satu tempoh masa yang lama.

Maka disebabkan itu, pengambilan masa rehat bagi setiap sela masa beberapa jam adalah satu perkara wajib supaya otot-otot aku yang tegang serta mata yang penat dapat direhatkan.

Begitu juga dengan orang lain, tidak semestinya jika seseorang itu tidak bekerja melibatkan komputer, mereka tidak perlu berehat. No..No..No..Tidak sama sekali. Apa-apa kerja sekalipun lebih-lebih lagi kerja yang menggunakan keringat tulang empat kerat sangat-sangat memerlukan seseorang itu untuk berehat dengan lebih kerap. Ini kerana, rehat adalah perkara yang paling penting untuk menjana kembali tenaga yang telah habis digunakan.

Infografik berkenaan kenapa seseorang itu perlu berehat – Klik untuk besarkan

Oops.. tapi korang jangan salah anggap pula. Apa yang aku maksudkan dengann rehat itu penting bukan bermakna aku ingin menggalakkan orang ramai untuk berehat setiap masa tanpa menyiapkan kerja yang telah diamanahkan. Cuma.. berehatlah bila ada keperluan. Agak-agak dah rasa lama korang buat kerja dan badan pun mula rasa sengal-sengal..boleh lah take-5 sekejap. Bangun..buat stretching sikit, makan KitKat dulu then baru sambung kerja balik.

Lagipun, lihat saja jika korang bekerja secara non-stop, sudah tentu prestasi, produktiviti kerja serta mood korang akan menurun dengan mendadak. Betul tak?

Haa..alang-alang bercerita tentang rehat. Ini aku tunjukkan salah satu gaya aku sedang berehat.

KitKat BigBreak
Walaupun tengah rehat, maintain duduk depan laptop. Heee

Dengan mengambil sebungkus KitKat Chunky, sudah cukup mengembalikan tenaga aku untuk meneruskan kerja-kerja yang masih tertangguh. Sedap, enak dan berkhasiat. Bagi rakan-rakan blogger yang sedang ketandusan idea untuk mengeluarkan entri baru, aku sangat sarankan korang untuk mencubanya di rumah. Nanti dengan tidak semena-mena confirm laju je idea akan masuk, ibarat kereta kancil yang memakai enjin ferrari (sekadar gimik..haha). Tapi serius sedap, tak rugi kalau beli. Lapisan coklat KitKat Chunky lebih tebal berbanding biasa.

KitKat Chunky

Oh ya.. Sebelum terlupa, seiring dengan pengenalan produk baru KitKat Chunky ini, terdapat satu peraduan yang sedang berlangsung di akaun Twitter rasmi KitKat Malaysia iaitu @KitKatMsia, dimana pada setiap hari bermula 19-31hb Mei 2014, jam 3 petang akan di”tweet”kan satu soalan dengan menggunakan hashtag rasmi iaitu #biggerbreak.

Tiga pemenang yang masing-masing akan menerima wang tunai bernilai RM100 akan dipilih dan diumumkan pada jam 6 petang hari yang sama berdasarkan jawapan yang tepat dalam tweet balas kepada soalan tersebut dengan hashtag #biggerbreak.

So, apa tunggu lagi.. Alang-alang korang merehatkan diri, jom #biggerbreak bersama KitKat. Rehat, makan dan menang duit bersama KitKat.

Sedikit info mengenainya KitKat

KitKat merupakan produk yang telah tercipta sejak tahun 1935 lagi. Diperkenalkan oleh Rowntree’s Chocolate Crisp di London dan Tenggara United Kingdom, pada  tahun ini jenama ikonik bagi wafer empat jejari ini telah menyambut ulang tahunnya yang ke-79. Kit Kat kini dikilang oleh Nestlé di 13 buah negara dan dijual secara terus di lebih 70 pasaran.

This is a sponsored post from Nestle Malaysia that contains affiliate links relevant to the Nestle Kit Kat Chunky “Bigger Break” campaign . I received compensation in exchange for writing this review. Although this post is sponsored, all opinions are my own. 


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. Hurmmm……gambar baring atas katil tu kan…hik3x tapi kalau tengah letih atau stress memang best la makan kit kat chunky ni kan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *