Tips Reducekan Bounce Rate

Dalam entry lepas yang bertajuk Bounce Rate Penting Untuk Blog, Hafiz ada menceritakan apa itu Bounce Rate. Punca dan kesan yang akan dihadapi sekiranya bounce rate tinggi juga disertakan. So berdasarkan knowledge yang tak seberapa nak tinggi ni, Hafiz nak kongsi cara-cara yang Hafiz praktikkan untuk reducekan bounce rate blog. Antaranya:

  1. Tambah “Entri yang berkaitan” – Dengan ada nya gadjet “Entry yang berkaitan” dibawah setiap entry post, pelawat lebih cenderung untuk menjenguk entry-entry yang ada di page lain.
  2. Letak link antara post – Sebagai contoh kita pernah buat post tentang ayam. Bila kita buat post baru tentang ayam goreng, selitkan link post ayam tadi kedalam post ayam goreng.
  3. Open in new tab – untuk setiap link yang berada dalam post, masukkan kod html yang membolehkan link itu dibuka dalam tab baru secara automatik.
  4. Kurangkan loading speed blog – Elakkan meletak plugin atau gadget-gadget yang tak diperlukan dalam blog supaya blog lebih ringan.
  5. Elakkan popup window – Kadang kala ada dikalangan blogger yang suka letakkan popup iklan. Kebanyakan pelawat tidak suka & terus tinggalkan blog.
  6. Tajuk post yang menarik – Pastikan tajuk post menarik dan tak mengelirukan. Tajuk yang menarik membuatkan pelawat lebih berminat untuk baca.

Untuk lebih faham tentang pengiraan bounce rate, boleh refer gambar dibawah. Klik untuk besarkan.

Cara pengiraan bounce rate

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *