in

Red Card Cafe Bangi Sedap


Sebelum ini dah beberapa kali terdetik dalam hati aku nak pergi menjamu selera di Red Card cafe. Tetapi baru semalam dapat menjejakkan kaki ke sana.

Nak kata cafe ini jauh sangat dari rumah, tak juga. Jarak perjalanan dari rumah ke Red Card cafe hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja.

Lokasinya mudah, iaitu di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan ia terletak sangat berdekatan dengan Oldtown White Coffee.

Menu makan

Pertama kali melihat pada menu yang disediakan nampaknya seperti hidangan biasa-biasa sahaja, lebih kurang seperti menu restoran western yang lain. Tetapi jika diteliti, terdapat beberapa menu tambahan yang namanya agak pelik-pelik.

Klik untuk besarkan

Disebabkan perut dah sangat lapar dan takut untuk berdepan dengan risiko makanan tak sedap.. Untuk kali ini aku hanya memesan hidangan biasa iaitu Spaghetti with Meatball, Maryland Fried Rice dan juga Curly Fries.

Red card cafe -Maryland Fried Rice - hafiz rahim
Nasi sedap, Coleslaw macam Nandos, Ayam lembut dan rangup. Nyum..nyum

Well, first impression mengenai makanan yang dihidangkan.. nampak agak menarik dan portionnya juga banyak.

Manakala bila masuk bab rasanya pula..

Emmm..Emm..

Apa perkataan yang sesuai bagi boleh aku berikan ye..

Haa.. Marvellous!

Rasa masakannya memang sedap dan kena dengan selera aku. Masam masin manis semuanya cukup. Hoho.. No wonder lah sebelum ini ramai rakan-rakan yang rekemenkannya kepada aku. Terasa rugi pula tak datang awal-awal dulu. Jika tidak, mesti dah jadi port wajib kalau nak makan western food.

So, untuk kali ini menu simple sahaja. Next time insha Allah aku akan cerita pasal menu lain pula.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply
  1. Menu lebih kurang Old Town White Coffee je, cuba la sekali sekala hidangan nama pelik2 tu, nak tau jugak sedap ke tidak 🙂

  2. Hurmm…. berbaloi kan…. cuma lupa nak inform kat blog gua aritu…. RED CARD nie ada bilik kecil untuk solat….dan toilet yang bersih

  3. Makanan di Red Card Cafe memang sedap-sedap. Saya suka semuanya. Saya penggemar fish & chips. Di Red Card, fish & chips nya memang sangat mengancam! sekali cuba, nak berkali-kali cuba. hehe

  4. Agak murah jugak la

    memandangkan kat Bangi tempat makan agak hi price semuanya macam wadihana tu

    akak baru jenguk blog ni dari blog bro framestone tadi

    tengok banyak pulak posting ttg restoran best

    memandangkan akak love makan2 ni

    so nak tinjau semua entry pasal makan2

    banyak pula cadangan untuk bangi ye

    boleh cuba petang ni

    hehehe

    tqvm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *