Reads Solution – Applikasi Yang Menguntungkan Pengguna Android

Ya.. semua orang sukakan benda percuma. Makan percuma, shopping percuma, jalan-jalan percuma dan kalau boleh, duit gaji pun nak dapat secara percuma. Tak perlu kerja, goyang kaki, baring-baring sambil tunggu duit masuk dalam akaun bank seperti orang terima duit derma. Betul tak?

Okay, bercerita tentang benda percuma, sabtu lepas aku ada menghadiri satu event santai untuk pelancaran satu applikasi telefon pintar. Tapi apa kena mengenanya dengan percuma?

ReadsSolution bloggers
Kredit foto: feeqsays.com

Ahaa.. betul ni korang nak tahu?

Ini dia.. Aku memperkenalkan applikasi Reads Solution, iaitu sebuah applikasi Android baru yang mampu menunaikan permintaan anda untuk mendapatkan hadiah percuma. Sebagai contoh, topup Maxis percuma!

ReadsSolution
Kredit foto: feeqsays.com

Apa yang korang perlu buat, korang hanyalah perlu memasang applikasi Reads Solution ini kedalam telefon pintar dan tunggu tanpa perlu buat apa-apa!

Yesza.. Betul. Korang tak silap baca. Sekali lagi aku ulang, korang tak perlu buat apa-apa kerana modus operandi sistem ini pendek kata adalah untuk menumpang telefon pintar korang untuk dijadikan platform pengiklanan. Maksudnya disini, apabila applikasi tersebut telah telah dipasang, setiap kali korang menerima panggilan telefon ataupun SMS.. korang akan dipaparkan dengan satu iklan.

Reads Solution ads
Contoh-contoh iklan

Iklan itu pula akan menyumbangkan kepada korang, point-point yang boleh dikumpul setiap hari sehinggalah ianya mencukupi untuk korang tebus hadiah yang ditawarkan di bahagian “Redeem Reads Point”.

Reads Solution Redeem Points

Mudah je kan? Lebih mudah bagi korang yang selalu dapat banyak call setiap hari, dapat puluhan SMS setiap hari. Memang menggunung la point korang jawabnya.

Dan.. disini aku kongsikan juga trick untuk korang dapatkan point lebih banyak, iaitu dengan menjemput rakan-rakan korang untuk install applikasi yang sama.

Reads Solution Invite Friends

Setiap pendaftaran yang berjaya dilakukan, korang akan layak menerima 400 point. 5 orang darab 400 point, wuuu.. banyak. Terus cukup untuk redeem topup percuma.

So, apa tunggu lagi. Kerja yang tak susah. Ini barulah betul-betul percuma kan.

Oh ya, untuk bulan September ini.. Reads Solution sedang menjalankan satu contest mudah iaitu invite friends 2.0. Bagi sesiapa yang berjaya mengumpulkan rakan jemputan yang paling banyak, akan menerima hadiah berupa telefon pintar Huawei P8. Wow!

Reads Solution Contest 2.0

Pemenang pertama contest ReadsSolution
Pemenang pertama contest invite friends 1.0 dengan hadiah Samsung S6. Kredit foto: feeqsays.com

Siapa yang akan menang kita tunggu okay. Kalau korang nak hadiah, silalah muat turun sekarang. Korang tak install, korang rugi. Good luck. Hehehe. 🙂

Laman rasmi: www.reads.com.my
Facebook: www.facebook.com/readssolution
Google play: Reads Solution

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 13 Comments

    Leave a Reply
      • Untuk permulaan ni baru topup maxis diperkenalkan bro. Tak lama lagi boleh redeem hadiah lain pulak. So sementara tak banyak hadiah boleh redeem, kumpul point dulu sampai muntah. Ada yang best baru tukar. 😉

    1. Wuih sepertinya bakalan lebih hits ini money electric seperti ini kalau di terapin, tetapi apakan ini benar-benar berguna untuk kita? soalnya cuma lihat di mall-mall besar aja buat kek gini dan gk semua kalangan bisa memakai ini

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Qurban Dan Aqiqah Secara Online Melalui EZ Qurban

    Sistem Parkir Pintar IOI City Mall