in

Rayuan Google Adsense


Aduhai..nampaknya masih belum ada rezeki aku untuk rujuk kembali kepada Google Adsense. Walaupun termasuk kali ni sudah tiga kali aku menghantar borang rayuan. Jawapannya tetap sama, sehinggakan rasa nak menyumpah-nyumpah pun ada.

Okay, berdasarkan email yang aku kongsikan diatas..Ini pula merupakan email pertama yang dulu aku terima daripada pihak Google berkenaan dengan pelanggaran dasar polisi yang ditetapkan oleh Google Adsense.

Dinyatakan disitu bahawa penggunaan keyword terselindung dan juga iframe bagi tujuan memanipulasi trafik ke blog adalah punca blog ini disekat daripada menggunakan Google Adsense. Secara jujurnya, bila bercakap tentang penggunaan iframe..aku buntu. Nak kata aku pandai adjust coding, jauh sama sekali. Setakat coding template blog, sikit-sikit tu boleh lah. Jadi, untuk kali ini..sekali lagi aku terpaksa pasrah dengan alasan yang diberikan.

Deng..Nampaknya lama lagilah earning aku akan bertapa dalam akaun Adsense. Letih weh nak kena hantar rayuan lagi sekali. Ada sesiapa boleh bantu tak? Haha.

Nota: Walaupun akaun Google Adsense telah diblock, korang dikehendaki meletakkan code Adsense Ads didalam blog jika berkeinginan untuk membuat rayuan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

40 Comments

Leave a Reply
  1. Huh? Saya rasa antara violation saudara ialah saudara letakkan Adsense di blog ini yang bahasanya Melayu.

    Melainkan saudara antara blogger/laman Melayu yg diberi lampu hijau utk letakkan Adsense, masukkan code Adsense ke laman ni mmg sah berlawanan dgn TOSnya.

    p/S Pada yg tak berapa familiar dgn contoh laman Melayu yg dapat special consideration sbb trafik tinggi termasuklah Utusan, Mudah.my dan Beautiful Nara.

  2. Satu cadangan dari saya…bro remove semua coding adsense dari blog ini….lepas tu create satu blog bahasa inggeris di blogspot…post beberapa entry dalam bahasa inggeris…selepas diindex beberapa minggu…letakkan code adsense itu di blog baru itu dan hantarkan rayuan semula sekali lagi…inshaAllah tentu boleh..

  3. Kalau NAdot kene ni, mmg nak give up awal2 sebab tak paham satu hape pun… hehehe..
    Good luck.. semoge selesai cepat n dpt income masyuk dr GA.. 🙂

  4. cuba lagi bro, bab coding tu ada soalan cepu emas perak gangsa tembaga untuk ko. theme ni beli ke download free? kalau download free, kemungkinan besar ada code yang tersembunyi. sebab tu aku dah tak pakai free theme.

  5. Nie mesti sebab busuk dan apesal. Buang 2 2.
    Mungkin boleh tambah privacy policy dan contact page.

    Tapi aku rase blog nie still langgar TOS sebab currently Google Adsense tak support blog dalam bahasa Melayu, cume bahasa Indonesia je.

  6. duk cerita ni kawe selalu kena, bila nak payment kena, ni tengah komen baru kena kata invalid trafik, blog kawe trafik dari fb dgn google jer.. kekdg nampak alasan x masuk akal.. hahahah

Leave a Reply to Iskandar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *