Aduhai..nampaknya masih belum ada rezeki aku untuk rujuk kembali kepada Google Adsense. Walaupun termasuk kali ni sudah tiga kali aku menghantar borang rayuan. Jawapannya tetap sama, sehinggakan rasa nak menyumpah-nyumpah pun ada.
Okay, berdasarkan email yang aku kongsikan diatas..Ini pula merupakan email pertama yang dulu aku terima daripada pihak Google berkenaan dengan pelanggaran dasar polisi yang ditetapkan oleh Google Adsense.
Dinyatakan disitu bahawa penggunaan keyword terselindung dan juga iframe bagi tujuan memanipulasi trafik ke blog adalah punca blog ini disekat daripada menggunakan Google Adsense. Secara jujurnya, bila bercakap tentang penggunaan iframe..aku buntu. Nak kata aku pandai adjust coding, jauh sama sekali. Setakat coding template blog, sikit-sikit tu boleh lah. Jadi, untuk kali ini..sekali lagi aku terpaksa pasrah dengan alasan yang diberikan.
Deng..Nampaknya lama lagilah earning aku akan bertapa dalam akaun Adsense. Letih weh nak kena hantar rayuan lagi sekali. Ada sesiapa boleh bantu tak? Haha.
Nota: Walaupun akaun Google Adsense telah diblock, korang dikehendaki meletakkan code Adsense Ads didalam blog jika berkeinginan untuk membuat rayuan.
mungkin ada rezeki di lain kali kot bro..xleh apply akaun baru ke bro
ni dah block url..xle nak buat apa selain teruskan appeal..haha
“iframe bagi tujuan memanipulasi trafik” kalau tak silap, sebab guna busuk. Tu kalau tak silap la 🙂
serius bro? kena buang la ni nampak gayanya
aku tgh apply skrg. 2 kali dah kena reject
Pkai aku punya je..mau? Haha
cuba bro guna theme twenty dan remove icon busuk kat tepi dan try suh team google reconsider balik… good luck bro ..
Ok..will do.
boleh aku tahu kat mana ko bubuh ads ko tuh
Satu kat sidebar..satu kat bawah banner.dekat bawah nuffnang tu. Ada yang x boleh ke bro?
Huh? Saya rasa antara violation saudara ialah saudara letakkan Adsense di blog ini yang bahasanya Melayu.
Melainkan saudara antara blogger/laman Melayu yg diberi lampu hijau utk letakkan Adsense, masukkan code Adsense ke laman ni mmg sah berlawanan dgn TOSnya.
p/S Pada yg tak berapa familiar dgn contoh laman Melayu yg dapat special consideration sbb trafik tinggi termasuklah Utusan, Mudah.my dan Beautiful Nara.
Pernah dengar juga tentang ini..cuma kalau difikirkan balik, kalau puncanya adalah bahasa..awal2 lagi dah kena banned rasanya..takpe..nanti saya cuba ajukan soalan ini pada google adsense. Tengok apa dia jawab.
Kalau ikut apa yg saudara katakan, akaun ni dah lama. Ni contoh akaun yg dpt masa adsense baru sgt dibuka (akaun saya pun dah lebih 6 tahun rasanya).
Masa tu adsense senang dapat. Dan bahasa kalau campur BM, BI takde masalah.
Tapi sekarang mmg dah strict. Kemungkinan akaun tu di hidupkan semula tipis sbb memang langgar TOS. Takpe, buaang semua kod pada blog Melayu, dan tampal pada blog BI.
https://support.google.com/adsense/answer/9727?hl=en
baik bro..akan cuba seperti yang bro suggest. 🙂
Satu cadangan dari saya…bro remove semua coding adsense dari blog ini….lepas tu create satu blog bahasa inggeris di blogspot…post beberapa entry dalam bahasa inggeris…selepas diindex beberapa minggu…letakkan code adsense itu di blog baru itu dan hantarkan rayuan semula sekali lagi…inshaAllah tentu boleh..
Ini bukan masalah akaun bro..adsense ni still running macam biasa dalam blog lain..cuma untuk blog hafizrahim.com sahaja di banned.
Kalau NAdot kene ni, mmg nak give up awal2 sebab tak paham satu hape pun… hehehe..
Good luck.. semoge selesai cepat n dpt income masyuk dr GA.. 🙂
Thanks nadot..tengah cuba lagi. Tanpa putus asa.haha
cemane ko bole apply pkai blog ni?
aku apply blog BM kena reject.
Akaun adsense ni memang dah lama dapat bro..zaman sekolah menengah lagi
Aku dulu 3 kali cuba,,, pas tu malas dah,,, hahaha
Aku memang tak pandai bab adsense ni. boleh apply ye kalau blog BM ni?
Dulu boleh..sekarang dah x boleh..hehehe
jangan serik cuba lagi bro….insyaAllah adalah rezekinya nanti
Insha Allah bro.
Blog didalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan. Berpunca dari masalah lain kemudian kesan blog mengunakan medium Bahasa Melayu memang tidak ada peluang.
Hmm kalau macam tu bunyinya macam xde harapan la ye.
nasihat aku..jangan apply guna blog BM..apply guna blog BI. Senang nak lulus.
Aku bukan nak apply bro..nak suruh dia enable balik je..akaun adsense memang dah ade..kat blog lain running ok, cuma blog ni je kena banned.
lebih kurang la tu. susah nak main kat blog BM. potensi nak kena ban cukup tinggi.
Kalau camtu aku kena buat blog english la ek..adoyai. lemah betul. Haha
Thanks bro.
takpe bukan rezeki lagi tu..
Cuba bro tukar template n tunggu seminggu dua then appeal kembali….
Emm susah gak nak pujuk rayu menda ni ekk..haha
cuba lagi bro, bab coding tu ada soalan cepu emas perak gangsa tembaga untuk ko. theme ni beli ke download free? kalau download free, kemungkinan besar ada code yang tersembunyi. sebab tu aku dah tak pakai free theme.
menjawab soalan ko, child theme free bro..parent theme aku beli. mungkin kena check apa yang patut..haha
Nie mesti sebab busuk dan apesal. Buang 2 2.
Mungkin boleh tambah privacy policy dan contact page.
Tapi aku rase blog nie still langgar TOS sebab currently Google Adsense tak support blog dalam bahasa Melayu, cume bahasa Indonesia je.
Apesal tu baru je masukkan..mungkin sebab busuk kot..takpe..nanti nak appeal baru buang balik.hehe
duk cerita ni kawe selalu kena, bila nak payment kena, ni tengah komen baru kena kata invalid trafik, blog kawe trafik dari fb dgn google jer.. kekdg nampak alasan x masuk akal.. hahahah
sharing pengalamn yang baik dan bernas..