Satu perkara yang bermain di fikiran tatkala isteri mengandung ialah, hospital mana yang nak dipilih untuk isteri melahirkan anak tu nanti? Of course kalau difikirkan keselesaan, memang ramai yang akan memilih hospital swasta. Dan kalau boleh juga, hospital yang dipilih itu pula nak ada kat sebelah rumah.. tapi itu dah tentu mustahil kan. Hohoho.
Melahirkan anak di hospital swasta sering kali menjadi pilihan ramai, ini kerana selain daripada keselesaan yang disediakan, peraturan juga agak sedikit longgar. Contoh, sekiranya family jauh nak melawat malam sikit pun tak menjadi sesuatu isu yang besar sangat.
Cuma, ramai yang berfikir berkali-kali untuk bersalin di hospital swasta kerana kos yuran perbelanjaannya yang tinggi.
Tanpa mengambil contoh orang lain, aku berkongsi pengalaman aku sendiri. Ketika mana isteri hendak melahirkan Khair dulu, aku dan isteri memang dah nekad untuk cari hospital swasta. Ini kerana, isteri risau kerana pada waktu itu, banyak cerita yang kurang enak didengari daripada rakan-rakan mengenai pengalaman melahirkan anak di hospital biasa.
Long story cut short, appointment dibuat dan pakej bersalin dipilih berdasarkan bajet sedia ada. Dan anggaran kos bersalin ketika itu adalah RM5,000. Namun pada hari kelahiran Khair, berlakunya sedikit kesukaran dimana doktor pada ketika itu menyarankan untuk isteri menjalani emergency caesarean.
Alhamdulillah, walaupun semuanya selamat dan Khair pun keluar sihat walafiat. Yang menjadi kerisauan aku pada waktu itu adalah bil.

Bil terakhir yang perlu dibayar sebelum isteri dibenarkan pulang mencecah hampir RM9,000. Aku semacam.. Seriously?
Yes.. hampir 2 kali ganda daripada anggaran awal. Nasib baiklah dengan bantuan ayah menghulurkan sedikit wang tambahan, bayaran dapat dibuat. Selesai juga masalah. Hahaha.
So, nak dijadikan cerita hari ini apabila terdengar satu pakej istimewa dari Rampai Puteri Medical Centre yang dinamakan Serenity Package, aku sememangnya terkejut.
Kenapa terkejut?
Ahaa.. ini sebabnya.
- Tiada sebarang tambahan caj sekiranya isteri memerlukan emergency caesarean.
- Tiada juga sebarang tambahan caj sekiranya ubat-
- Dan satu lagi, tiada juga sebarang tambahan caj sekiranya tempoh penahanan isteri di wad bersalin terpaksa dilanjutkan.
Wahh.. dalam hati aku, pakej ini sangat bagus. Apa yang di”quote“kan, itulah yang perlu dibayar. Bukan hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad, tetapi sekiranya korang terlebih kaya sekalipun, bajet yang ada boleh digunakan untuk benda lain pula.
Ye la kan, dah ada anak.. banyak nak pakai duit. Barang keperluan baby, dan untuk kecemasan juga. Hohoho.
Well.. sekiranya korang tertanya-tanya pula Serenity Package ini menyediakan bilik yang macam mana? Ianya terbahagi kepada 3 pilihan bilik dengan harga yang berlainan, iaitu:
- Serenity Suite – RM4200
- Serenity Single Room – RM3800
- Serenity Open Ward – RM3200
Perbezaannya, Serenity Suite dah tentu lebih selesa berbanding dua lagi pakej kerana lebih premium. Manakala, Serenity Single Room lebih mementingkan kepada pelanggan yang inginkan privasi serta Serenity Open Ward lebih kepada bajet.
Cumanya, bagi korang yang berminat untuk mendapatkan Serenity Package, kena lah semak kelayakan dulukan. Ye lah, pakej istimewa macam ni.. bayar hanya sekali tanpa apa-apa caj tambahan, kena lah ada term and condition nya kan. Dan term and condition yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Haa.. Menarik kan? In case kalau korang sekarang sedang tercari-cari hospital untuk bersalin.. aku rasa pakej ini dah cukup mesra pelanggan. Tambah pula dengan track record Rampai Puteri Medical Centre yang aku dengar dari rakan-rakan yang majoriti kata bagus. So why not korang tak bersalin sini je kan.
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web Rampai Puteri Medical Centre di www.rampaiputeri.com ataupun boleh juga ke laman FB mereka di www.FB.com/rampaiputerimedicalcentre. Sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi mereka di talian 03-41312039.
Teringin pulakk nak ambik pakej ni.hikhik tapi bukan sekarang la. Fiza pun penah ke sini, service memang terbaik!
Mmmm… Menariknya pakej bersalin kat Rampai Medical Centre ni. Nanti nak suggest kat kengkawan laaa…
alamak ni buat rindu nak menagndung balik hahaha