Ramadhan Punya Pasal

Berkat Ramadhan, siapa sangka.. penantian selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil juga.

Insha-Allah, awal tahun depan.. aku sekeluarga bakal menyambut kelahiran ahli keluarga terbaru. Adik Khair.

Alhamdulillah.

Kehamilan kedua

Sejurus dapat sahkan kehamilan isteri di klinik tempoh hari, perasaan gembira memang tak dapat digambarkan. Sepanjang hari, senyum sampai ke telinga.

Dalam hati.. Yes.. I dit it again! Hahaha.

Jantina?

Tak nak fikirkan sangat. Jika dikurniakan anak laki-laki pun okay, anak perempuan pun okay. Terima seadanya. Bagi aku tak kisah, asalkan dia dapat dilahirkan dengan sempurna, sihat walafiat dan cukup sifat, itu pun sudah memadai.

Note: Ingat nak rahsiakan dulu first trimester ni. Tapi bila dah ramai officemate wife asyik tanya dia kenapa tiap-tiap hari nampak tak sihat.. terpaksalah announce awal. Takut ada yang fikir wife saja cari alasan malas nak buat kerja. Hohoho.

p.s: Tanya Khair dia nak ada adik tak.. dia diam je sambil main mainan. Bila tanya nak coklat tak, terus dia jawab nak coklat. Huh.. buat-buat tak dengar ek.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *