Ramadhan Oh Ramadhan

Ramadhan kian menjelma. Masa ni ramai dah yang tengah nak planning cuti raya. Yang lagi best bila masing-masing kat pejabat semua pakat start bercerita pasal baju raya. Arghh..baju raya..Duit tak cukup. Mana nak cekau ni. Bukan setakat baju raya je. Kuih raya pun belum tau status wujud ke tak tahun ni. Nak servis kereta nak balik kampung lagi.

Kepada bos, kalau kamu baca entry ni diharapkan bos hulur-hulur la bonus sikit. Kalau bos bagi bonus, memang bos hensem. Hehehe.

Ah tak penting tu semua, yang penting bulan puasa dah dekat. Persiapan bulan puasa kena prepare dulu. Target Hafiz tahun ni nak bersolat tarawih tiap-tiap malam. Harap-harap berjaya lah. Tahun lepas tak tercapai sebab iman tak kuat. Hahaha. Part buffet ramadhan pulak, biasanya tiap-tiap tahun paling kurang Hafiz pergi satu tempat. Tapi tahun ni takde plan. Macam malas nak pergi je. Bayar mahal, wife Hafiz makan sikit. Baby Khair pulak tak makan solid food lagi. Macam tak berbaloi. Baik borong makanan kat bazar ramadhan. Silap-silap boleh borong mercun terus.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    5 Artis Top Wanita Malaysia Berdarah Campuran

    Osman Kering Disahkan Meninggal Dunia