Ragam Nak Dapat Adik

Tinggal beberapa minggu je lagi sebelum dia betul-betul bergelar abang. Makin hari perangainya makin manja. Pantang marah sikit, terus merajuk tak nak kawan.

Kalau daddy marah, dia mengadu pada ibu. Kalau ibu marah, dia mengadu pada daddy. Kalau daddy dan ibu marah, esoknya dia pergi mengadu pada papa mama (atok & nenek) dia pulak.

Balik kerja, nak kena layan dia dulu. Kadang-kadang kalau aku tengah reply mesej WhatsApp, dia datang sebelah kemudian marah..

Daddy, simpan telefon sekarang!

Hamboi.. garang betul. Punya nak daddy tumpu perhatian pada dia.

Sampai rumah pulak, adakalanya bila ibu habis solat. Dia pergi duduk atas riba, kemudian minta dibelai manja.

Sambil baring atas riba, dia tunjuk kaki pada ibu.

Khair: Ibu, sakit kaki.. Dah takde tulang

Tu dia.. Punyalah power ayat yang dia guna. Sampai takde tulang. Hahaha. Ibu dah faham.. pegang kaki, tiup-tiup sikit. Terus okay.

Alahai abang Khair..

Tapi, sambil-sambil dia manja pun. Kalau tanya..

Khair.. Nak adik tak?

Laju je dia jawab nak. Hehehe.

Mungkin dah bosan 5 tahun seorang diri, jadi.. tak sabar nak ada teman sepermainan.

p.s: Al-fatihah untuk baby Hana.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Makan Makanan Arab Di Mr.Kabab & Biryani

Batman Dark Knight Kini Di Legoland