in

Radiator Vios Aku Bocor!


Semalam bawak kereta perasan radiator fan pusing lebih lama berbanding biasa.

Sedapkan hati.. mungkin cuaca panas.

Gigihkan diri bawak juga kereta macam biasa tapi tak laju.. sambil buka tingkap.. fokuskan telinga nak dengar bila radiator fan nak cut off

Bila perasan radiator fan ni memang macam tak ada gaya nak cut off kecuali time matikan enjin, terus rasa tak sedap hati.

Balik rumah, park kereta.. buka hood

Walaupun tengah siang, suluh jugak dengan torchlight just in case ada leaking yang tak nampak.

Baru je suluh.. ternampak ada hablur kristal merah kat atas radiator.

Pendap muka perhati betul-betul.. nampak macam ada leaking. Suluh lagi ke bawah.. nampak kesan air merah tu lagi banyak. Sah! Leaking.

Terus snap gambar.. wasap pomen yang aku pernah servis aircond. Laju je dia jawab, top housing confirm leaking.

Sebab situ katanya kawasan high pressure. Memang common problem.

Kena tukar top housing.. dia kata kos dalam RM220.

Tanpa lengahkan masa.. aku jawab, ok nak proceed terus. Sebabnya Khamis aku nak drive jauh ke Perak.

Kalau tak repair leaking radiator ni, risiko sangat tinggi kereta akan overheat kat highway. Ada anak2.. haru nanti beb. 😂

So pagi tadi aku terus bawak kereta ke bengkel.. suruh pomen yang aku kenal tu tukar top housing.

Serah kereta jam 9.00am sebab nak kena masuk office.. dalam jam 12.30pm aku wasap tanya status, dah siap katanya.. tengah test run.

Hati berbunga.. laju pomen ni buat keje. 😉

Naik grab dari office ke bengkel.. 5 minit sampai sana, tengok pomen dah park kereta kat luar. Dah siap la tu nampaknya.

Pergi jumpa pomen.. dia kata semua dah okay.

Aku pun tak buang masa sebab nak kena masuk office balik.. bayar, terus balik.

Sepanjang jalan nak balik ke office, takde kedengaran ngauman radiator fan macam sebelum ni. On kejap, pastu cut off. Sela masa agak normal.

Dalam hati.. lega.. esok dah boleh ke Perak dengan tenang. Alhamdulillah. 😁

Nota: Walaupun kereta hanyalah sebagai alat untuk kita bergerak dari point A ke point B. Masih kena jaga luar dalam. Simptom sakit awal2 kalau repair cepat masih lagi boleh dapat kos mesra poket. Tapi kalau dibiarkan dan breakdown tepi jalan, sendiri mau ingat la. Harga radiator original kalau kat SC, orang kata mahal.. aku ada search Shopee.. dalam RM200+ je harganya.. cuma tak pasti radiator tu berkualiti dan tahan lama ke tak? Korang nak cuba beli dan pakai boleh usha – https://shope.ee/1AxtOqOCns

Nota 2: Entri pertama tahun 2024, aku copy paste dari Facebook aku je.. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *