Alhamdulillah. Hari demi hari sudah semakin banyak pertubuhan ataupun syarikat yang menyediakan kemudahan untuk melaksanakan ibadah qurban.
Salah satunya adalah EZ Qurban Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Batu Caves, Selangor, yang menawarkan program ibadah qurban secara online.
Seperti mana yang kita faham tentang qurban secara online ini, ianya membawa maksud mewakilkan pihak syarikat (melalui akad/lafaz niat diatas kertas atau telefon) untuk menguruskan qurban ataupun penyembelihan binatang bagi pihak kita.
Antara kelebihan melakukannya secara online adalah, ianya dapat memudahkan orang ramai terutamanya kepada sesiapa yang tidak berkesempatan ataupun tidak dapat menghadirkan diri pada hari penyembelihan dilakukan.
Hukum Melakukan Qurban
Hukum bagi melakukan ibadah qurban adalah sunat muakkad yang mana ianya adalah sunat yang sangat-sangat dituntut dalam Islam.
Hari Perlaksanaan Qurban
Ianya jatuh pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Yakni pada hari raya pertama Aidiladha (selepas solat), manakala hari tasyrik berikutnya adalah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Disamping memudahkan urusan orang lain, pihak EZ Qurban juga menawarkan harga yang cukup murah. Seperti qurban-qurban yang dilaksanakan ditempat-tempat lain, ianya terbahagi kepada dua jenis pilihan iaitu lembu dan kambing dimana harga-harganya adalah seperti berikut:
- Qurban
- 1 bahagian lembu – RM300
- 1 ekor lembu – RM2100
- 1 ekor kambing – RM580
- *Aqiqah
- 1 ekor kambing – RM580
Perlu dimaklumkan bahawa, perlaksanaan ibadah qurban oleh EZ Qurban ini dilakukan di negara-negara yang umat Islamnya amat memerlukan makanan (daif). Diantara negara-negara yang terpilih adalah seperti Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan Filipina.
Nota: Jangan risau sekiranya timbul dalam diri anda perasaan was-was. Ini kerana, pihak EZ Qurban Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang telah berpengalaman selama lebih daripada 7 tahun dalam melaksanakan qurban dan aqiqah di negara-negara yang telah dinyatakan. Malah, sekiranya anda ragu-ragu tentang pembayaran yang telah dilakukan, anda juga akan menerima satu salinan sijil bagi mengesahkan penglibatan anda.
Pendaftaran Qurban
Cara pendaftarannya mudah, dimana anda hanya perlu membuat pendaftaran di laman web mereka, www.ezqurban.org, ataupun sekiranya terdapat masalah teknikal ketika sesi pendaftaran dilaman web, anda juga boleh menggunakan kaedah alternatif seperti berikut:
- WhatsApp ke 013-318 6984
- Emel kepada ezqurban.adm@gmail.com
- Laman Facebook EZ Qurban Sdn Bhd
- Walk in sahaja ke pejabat mereka di:
- No. 126-1A, Jalan 3, Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
- No. 126-1A, Jalan 3, Batu Caves Centrepoint,
*Nota 2: EZ Qurban Sdn. Bhd. turut menerima tempahan aqiqah (kambing sahaja) dengan harga RM580 seekor. Sekiranya anda berminat untuk menempah dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai mana-mana tawaran yang diiklankan, anda boleh menghubungi pihak EZ Qurban di talian 03-6186 1911 / 013-238 6000 ataupun fax ke 03-6186 7872.
betul tu. mera pn buat qurban dengan syarikat ez qurban nie. muda. 🙂
info terbaik…klu di sabah ada kan bagus
Boleh juga kak kalau di Sabah pun. Pendaftaran secara online, sijil akan dipos terus ke rumah.
kira murah juga 1 bahagian lembu rm300. aritu paling murah saya jumpa rm330 1 bahagian lembu.
Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI
okeh.
murah sikit la.
siapa yang tak mampu, leh kumpul duit dari sekarang.
assalam…
ezqurbqn nie sama ke dgn ezqurban.orang
saya confius