6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014

6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014 punya pasal, awal aku bangun tidur pagi ini. Lepas subuh dah siap-siap mandi dan keluar dari rumah. Hanya semata-mata untuk melihat sendiri belon panas yang didatangkan dari seluruh pelusuk dunia.

Sesampainya disana, parkir masih banyak yang kosong. Orang pun masih belum ramai. Aku dapat port ambil gambar yang agak strategik. Tapi malangnya, sampai dilokasi bila cuba ambil gambar guna DSLR.. shutter lock. Bila diperiksa, aduhai. Memori kad tertinggal di rumah. Hampeh betul.

Nasib baik Samsung Galaxy S3 ada, dapat jadi penyelamat untuk merakamkan moment-moment yang jarang sekali aku dapat tengok. So, korang layankan aje lah ye gambar-gambar yang ada ini. Nak snap lebih-lebih tadi powerbank pun tertinggal, bateri cukup-cukup je dapat capture gambar sampai belon-belon panas itu semua berlepas ke udara.

p/s: Terasa kagum bila melihat juruterbang cekap mengawal pergerakan belon panas.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 17 Comments

    Leave a Reply
    1. Sweet nyer hot air ballon yg motor tuh… this time lagik byk ballon yg menarik. Mcm2 ader.. apepon kalo kn naek lg bende tuh mmg ketar lg lah lutut nih.. gayatt… btw, good job lah… nice pic!!

      • Yerp..under exposed. Malas nak edit sebenarnya. Just resize terus masuk dalam blog je tu. Hehehe.

        Nak pergi tanpa check equip, itu la jadinya bro. Nasib baik fon ada. Hahaha.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Tips Percutian Dalam Malaysia

    The Diamond Building