Houses Lighting, actually dah selalu sangat aku kesini since dah ada rumah sendiri hari tu. Minggu lepas pun sama, aku pergi dengan isteri sekali lagi sebab ada ter-missed untuk beli satu lampu down-light dan satu lampu dapur.
Bagi aku, harga lampu yang dijual disini harganya jauh lebih murah berbanding kedai lampu yang lain dan dalam masa yang sama juga stok-stok lampu yang dijual disini semuanya design yang baru-baru.
Kalau nak diikutkan tiap-tiap kali aku berkunjung ke houses lightings, tidak pernah lagi aku nampak keadaan dalam kedai yang agak lengang. Biasanya selalu dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan yang tengah khusyuk memborong sakan. Tidak kira sama ada yang tua ataupun muda, masing-masing nampak excited. Sampai satu tahap aku rasa macam dah dekat pasar borong pula.


Untuk pengetahuan korang, Houses Lightings dibuka pada setiap hari Selasa hingga Sabtu dari jam 10.30 pagi hingga 8.00 malam. Ahad dari jam 12.oo tengahari hingga 5.00 petang. Manakala hari isnin ditutup bagi menggantikan cuti hari minggu.
So, bagi sesiapa yang berniat nak borong lampu murah-murah, boleh lah ke sana ye. Insha-Allah puas hati.
p/s: Lokasi kedainya kalau dari Bangi/Putrajaya..di sebelah kiri jalan selepas tol LDP (tol yang dekat dengan pasar borong seri kembangan). Hanya selepas pusat perabot yang bertentangan dengan petrol station Petronas. Kalau takut sesat sila guna Waze. hehehe.
Kalau dekat ngan bangi memang sy pi daa ne. Kebetulan menari lampu meja yang murah2
Banyaknya lampu yang di jual dekat kedai ini… Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
Banyak betul pilihan lampu kat sini…… boleh leka kejap nak memilih mana yang berkenan di hati
pehh..banyak gila lampu kat situ wehh..
tq for sharing, tak sabar nak pergi nak borong lampu n kipas utk umah baru 😉
Banyak weh lampu kat sini. Boleh borong 🙂
Pernah tengok kedai ni kalau nak p shah alam.. Tepi jalan jer kan.
A’a tepi jalan. Ramai org skit la sebab murah.