in

Punca Samsung Galaxy S3 Rosak


Ahh..Mood raya agak sedikit kacau.

Mana taknya, satu-satunya punca untuk Hafiz bergerak bebas dalam dunia maya iaitu Samsung Galaxy S3 kini rosak jahanam. Rosak sehinggakan Hafiz tidak boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa termasuklah mengemaskini blog dari semasa ke semasa.

Puncanya cukup mudah, Samsung Galaxy S3 kepunyaan Hafiz itu telah terjatuh dari ketinggian paras lutut di parking kereta semasa membawa isteri ke klinik tempoh hari. Hmm..kalau nak diikutkan memang rendah je pun. Tetapi disebabkan kejadian itu yang telah berlaku hampir 2 minggu yang lalu, kesannya baru muncul semalam..skrin bertukar menjadi hitam a.k.a blackout..blank screen.

Samsung S3 Rosak

Bila dah berlaku seperti ini, nak buat macam mana lagi kan..Nak tak nak, terpaksalah Hafiz bersabar sementara menunggu masa yang sesuai untuk pulang ke Bangi dan menghantar S3 kesayangan ke Servis Center yang terdekat. Dugaan..dugaan.

p/s: SMS, WhatsApp, WeChat, Instagram, Facebook..semuanya tak boleh nak diupdate. Kecuali receive call.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

23 Comments

Leave a Reply
  1. oooooo….. s3 kak jie jatuh dlm ketinggian mcm tu juga..tapi jatuh atas jalan tar
    mungkin sudut jatuhan tu berbeza…. retak skrin
    belum tukar sampai sekarang

    RM 700+ tu

  2. Bersabar saja, guna lah duit raya untuk baiki. Saya punya tablet jatuh dari ketinggian atas kepala menjunam ke lantai….berkecai terus…sedih

  3. oh sure jiwa bro kacau yer…huhu xpe bro pasti ada hikmah disebalik kejadian tuh…

    selamat hari raya buat bro sekeluarga yer…:)

  4. Salam Abg Hafiz,

    Dikesempatan ini Kie pohon kemaafan atas kekhilafan sepanjang perkenalan kita tanpa disedari jika ada… Halalkan Makan Minum kie ya..

    Well Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin…

  5. Hi , saya punya fone pun jadi mcmni tapi kalau nak repair mmg mahal ,
    selalunya kalau screen atau lcd xde warranty kan?
    boleh bagi pendapat x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *