Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya

Betul atau tidak, keguguran rambut merupakan sesuatu yang sangat mengganggu emosi dan penampilan seseorang tidak kira bagi laki-laki ataupun perempuan?

Meskipun ia adalah benar bahawa lelaki lebih cenderung untuk mengalami keguguran rambut, terutamanya apabila usia mereka semakin meningkat, keadaan ini semakin lama semakin menular kepada kaum perempuan juga.

Antara punca-punca terjadinya keguguran rambut ini, adalah:

  1. Faktor genetik – Individu cenderung untuk memiliki genetik botak daripada keluarga sebelah ibu ataupun sebelah ayah.
  2. Tekanan perasaan dan trauma – Tekanan seharian yang meningkatkan tahap testosteron, yang bertukar kepada DHT (Dihydrotestosterone) dan mengganggu kitaran pertumbuhan rambut.
  3. Pemakanan – Diet pemakanan tidak sihat, tinggi lemak haiwan dan kekurangan Biotin, zat besi, protein, zink dan vitamin yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
  4. Perubatan – Pengambilan ubat secara kerap seperti ubat jerawat, sakit jantung dan kencing manis yang mana ianya boleh menyebabkan keguguran rambut sementara atau kekal.
  5. Alam Sekitar – Pencemaran udara dan air, serta pendedahan diri kepada UV dan klorin, yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
  6. Kehamilan – Perubahan hormon semasa hamil yang boleh menyebabkan keguguran rambut untuk tempoh waktu enam bulan hingga ke setahun selepas bersalin.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Untuk mengatasi masalah ini terdapat beberapa cara yang anda boleh praktikkan, diantaranya ialah:

  1. Tangani stress anda dengan cuba mengamalkan meditasi, senaman, penjagaan jadual tidur yang tetap, atau apa-apa aktiviti lain yang membantu anda untuk lebih tenang.
  2. Menjaga kulit kepala melalui pengambilan makanan seperti Protein yang merupakan rakan terbaik bagi rambut anda kerana ianya boleh menyihatkan kulit kepala. Manakala, ikan salmon, tuna dan trout pula, kaya dengan Omega-3 yang membantu memberi kelembapan dan mengelakkan rambut kering dan rapuh.
  3. Memeriksa paras hormon untuk membuat pengesahan sama ada individu mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan lain, sebagai contoh, peningkatan hormon androgen yang akan menyebabkan wujudnya penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) serta menipiskan rambut dikepala.
  4. Mengurangkan penggunaan alatan panas seperti hair dryer, kerana peralatan seperti ini akan mengeringkan serta merosakkan lagi rambut sebelum ianya mencapai pertumbuhan yang sepatutnya. Sebaliknya anda disarankan untuk menyikat rambut perlahan-lahan serta menggunakan pelembap bagi menyuburkan kulit kepala.
  5. Menggunakan Mensive Hair Tonic.

Apa itu Mensive Hair Tonic?

Mensive hair tonicMensive Hair Tonic adalah tonik rambut pertama berasaskan air. Ia berbeza daripada serum ataupun minyak rambut yang biasa dijual diluar sana kerana cara penggunaannya yang mudah dan juga mempunyai 25 kali lebih serap ke akar rambut.

Dengan hanya menyembur sedikit tonik ini ke kulit kepala anda ketika rambut masih kering, kemudian diikuti dengan sedikit urutan, ianya mampu mengurangkan rambut gugur, menguatkan akar rambut, membantu pertumbuhan rambut baru, mengurangkan minyak pada kulit kepala, mengurangkan kelemumur serta mengurangkan pertumbuhan uban.

Untuk makluman, Mensive Hair Tonic ini ianya diperbuat daripada teknologi estrak terkini dan kaya dengan estrak herba bermutu tinggi seperti Ginseng, Apple Stemcell, limau purut, avocado, kelapa dara, jojoba dan buah pala.

Seperti yang telah ramai sedia maklum, ginseng memang sudah lama terbukti dari zaman kuno cina lagi kerana ia mampu membantu menguatkan akar rambut, merangsang pertumbuhan rambut serta mengelak pertumbuhan uban. Manakala Apple Stemcell pula adalah antara penemuan baru saintis mengenai kebaikannya dalam mengekalkan kesuburan rambut.

Mensive hair tonic adalah keluaran syarikat milik bumiputera, bertaraf GMP dan tidak dilupakan juga berdaftar secara sah dengan KKM, nombor pendaftaran NOT150100714K.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, sila hubungi mereka di 011-13229050 layari laman web mereka di www.mensive.my ataupun FB.com/mensive.

Mensive hair tonic untuk rambut gugur

p.s: Yang ni minyak untuk rambut. Tapi kalau nak baca minyak untuk asma, entri minyak herba asmak ni mungkin boleh membantu

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 15 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Jalan Rosak.. Paip Bocor..

    weBoost Connect 3G Bantu Anda Tingkatkan Signal Telefon Bimbit