Ini semalam punya cerita..Adoyai..Buat pertama kali dalam hidup aku, kena kes macam ni. Kes yang memberi sedikit pengajaran.
So, taknak cerita banyak..Cuma nak kongsikan sekeping dua gambar.
Puncanya, kerana aku mengecas telefon bimbit melalui soket elektrik dalam keadaan enjin kereta dimatikan sementara menunggu isteri aku sampai dari tempat kerjanya. Biasanya ini dah jadi amalan harian aku. Tapi entah macam mana, mungkin terlalu lama agaknya aku mengecas..hinggakan kuasa bateri pun dah tak berapa nak cukup untuk hidupkan enjin.
Deng..terkena aku. Nak tak nak terpaksa panggil mekanik untuk jump start. Akibatnya, lambat sampai rumah. Kesian Khair menunggu..
Jadi, peringatan kepada diri sendiri dan juga korang di luar sana. Jangan charge handphone dalam keadaan enjin kereta dimatikan. Nanti habis kuasa bateri kereta kena sedut.
Nota:
Cara nak jump start mudah je..Pastikan kereta bantuan tengah dihidupkan. Duduk face to face seperti gambar diatas..Kemudian sambungkan punca positif kepada positif, negatif pula kepada blok atau body frame kereta..seperti gambaran dibawah.
Apabila sudah tersambung dalam tempoh masa 15-20 saat, cuba ON-OFF alarm. Kemudian, cuba hidupkan kereta. Kalau kereta boleh dihidupkan, kira siap lah tu.
p/s: Cuak kejap kenapa kereta tak boleh start..ingatkan kereta rosak. Cissssdel..
Dah banyak kali terjadi.. puncanya mmg bateri dah nazak dah time tue…
kalau sebab bateri habis tue.. pernah sekali je kot, sebab xtutup lampu…. Jumper bro mmg ada dalam kereta siap2.. senang.
eh boleh ek charge hp kalau enjin kereta mati?
haah….boleh ke bro?
tak tutup lampu belum pernah lagi..hehehe..boleh bro..kan start ada dua step..yang pusing separuh tu..pergi ke ON sahaja.
oooo…betul2..maksudnya tak tutup habis, tp bukak tang bateri jer…mmg habislah…hehehe
bagus gak ni utk peringatan ambe yg dah tak berapa muda ni…thanks bro
Mmg gitulah adatnya bateri ni. Kalau tinggal kereta tak tutup lampu, siaplah…ginilah jugak yg jadi.
pernah kena sekali, tp mmg bateri dah kong…beli baru terus
thanks bro berkongsi
ni pun petanda bateri nak kong la ni kot..kena standby duit..hehe
bateri sekarang, 2-3 tahun…siaplah utk ganti baru…hoho
Saya pernah kena sekali jugak jadi macam ni. Tapi pasal tak tutup lampu. Mujur petronas ada jual jumper, kalau tidak naya jugak nak cari kebetulan hari Ahad pulak tu.
lom pernah kena lagi bab bateri kering sebab dah kena pesan, nak bukak radio, biar keta hidup.. sama kot dengan situasi bro kat atas..
haha..hang saje cari pasal kan..kann..
Pernah juga kena macam ni,kebetulan bateri pun dah lama tak ganti
hai..informasi yang menarik..sudi2kan la follow blog saya..trima kasih…
gua pernah kena sekali..masa tu gua travel jauh pergi jumpa tunang gua…planning pulak bertukar…tengok wayang sampai larut malam..disebabkan penat gua pergi rehat jap sebelum bertolak balik di RNR..gua tertidur sampai subuh dengan radio terpasang…bangun2 kereta dah tak boleh start…hahahaha
tu dia..sayang tunang punya pasal..hehe
Pernah kena cam ni. Tapi di sebabkan kereta lama tidak digunakan. Ni nak tanya bro, kenapa perlu letak bahagian -ve kat body kereta. Aku biasa letak kat bateri dua2. Kalau tak de jumper biasa aku pinjam bateri kereta kawan, pasang kat kereta aku. Dan pindah balik he…he..he….
haah…baru perasan bila tgk balik gambar kat atas…
kena pakai Powerbank la pas ni,,,
Jumper kena standby utk kereta, powerbank pulak utk smartphone. 🙂
Aku dah banyak kali kena masa pakai Satria dulu. Tapi sebab bateri lemah la.
kalau la boleh guna powerbank tu..hehehe