in

Pulut Kuning Kaum Nyonya?


Sebelum ni Hafiz ingatkan orang melayu kita je yang makan pulut kuning. Rupa-rupanya kaum cina pun ada jugak. Macam ada seorang project engineer kat tempat kerja baru Hafiz ni, yang baru sahaja menyambut kelahiran anaknya..telah berbesar hati belanja kitorang pulut kuning.

Pulut kuning dari Nyonya Restaurant yang terletak di Sea Park ditempah khas bersama kuih ang kuh (Sweet Fortune Cake) dan juga dua biji telur yang diwarnakan merah. Feng shui mungkin.

Rasa pulut kuning dan rendang ayam ni pun tak ada lah berbeza sangat. Lebih kurang je sebenarnya. Ahh..tak kisah lah pasal rasa semua tu. Asalkan Halal dan percuma. Hehehe

p/s: Sejak mula kerja kat sini, hampir setiap hari dapat makan free.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Eizil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *