in ,

Pulau Pinang, Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia


Dalam Malaysia ni aku dah pernah ikut ayah aku berpindah tempat kerja di lima buah negeri, dan salah satunya daripadanya adalah Pulau Pinang. Memulakan alam persekolahan aku di Pulau Pinang, dinegeri ini juga aku belajar cara bergaul dengan jiran-jiran yang datang daripada pelbagai jenis bangsa tanpa sebarang isu perkauman. Sekaligus membuatkan Pulau Pinang antara salah satu negeri kegemaran aku.

Disebabkan Pulau Pinang ini adalah merupakan diantara negeri kegemaran aku, maka banyak kenangan manis yang aku tak dapat lupakan. Antaranya ialah, apabila setiap tahun aku dan keluarga wajib ke Pesta Pulau Pinang untuk bersuka ria, tak dilupakan saat-saat yang menggembirakan dan tenang ketika menyusuri lautan dengan menaiki feri.

Pada musim durian pula, ayah aku selalu membawa kami sekeluarga untuk pergi menjamu durian di kebun milik rakannya. Dan selain itu yang turut menyeronokkan apabila menetap disana kerana wujudnya variasi makanan yang enak-enak belaka; penang char kuey teow, kari kepala ikan, nasi kandar, pasembor, rojak, mee udang.. Fuh, kalau ingat balik.. boleh kecur air liur.

Ya.. walaupun saat manis yang aku ceritakan ini adalah kenangan lama yang pernah aku alami. Tetapi sebenarnya keseronokan di negeri pulau mutiara ini masih lagi kekal hingga ke hari ini.

Masakan tidak kerana pada pertengahan bulan March yang lalu, kami telah pun sebulat suara untuk mengadakan percutian keluarga di Pulau Pinang, akan tetapi malangnya rancangan itu terpaksa dibatalkan disaat akhir kerana penyebaran wabak pandemik Covid-19 yang mula menyerang negara.

Tetapi..

Isu Covid-19 adalah isu yang telah berlalu beberapa bulan lepas. Kini.. ia sedikit berbeza dimana penyebaran Covid-19 kelihatan sudah semakin terkawal. Maka disebabkan pengurangan bilangan kes Covid-19 dan situasi yang agak terkawal ini, pihak Pelancongan Negeri Pulau Pinang ingin kembali menyemarakkan lagi industri pelancongan negeri dengan pelancaran kempen “JOM! Nikmati Pulau Pinang”.

Kempen ini yang bertujuan untuk menarik pelancong domestik ke Pulau Pinang dengan penawaran promosi-promosi hebat seperti Tawaran Hotel Terbaik, Tawaran Tempat Tarikan Pelancong Terbaik, dan Tawaran Pakej Pelancongan Terbaik adalah kempen yang ditawarkan melalui laman web penangtraveldeals.com.

Selain itu juga, kempen ini bertujuan untuk menzahirkan penghargaan Terima Kasih Pejuang Barisan Hadapan yang selama ini bergabung tenaga menjaga rakyat daripada ancaman Covid-19, sama ada melalui pemberian tiket masuk percuma dan tawaran menarik untuk hotel ataupun tempat tarikan pelancong.

Well.. Sejujurnya pendapat peribadi aku, setelah berbulan lamanya kita duduk di rumah, mungkin inilah masa terbaik untuk kita mengembara dan meneroka kepelbagaian dan keindahan Pulau Pinang yang terkenal di seluruh dunia dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town, seni jalanan yang unik, makanan jalanan yang sedap, hutan hujan dara yang berusia 130 juta tahun, dan kepelbagaian landskap semula jadi.

Ini kerana Pulau Pinang adalah terkenal dengan tempat tarikan pelancong yang tiada bandingan di dunia yang kini dijenamakan sebagai 7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang yang terdiri daripada Penang Hill, The Habitat, The Top Penang, The Gravityz, Tech Dome Penang, Entopia by Penang Butterfly Farm dan Escape Theme Park. Di samping itu, terdapat juga beberapa permata tersembunyi di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Bukan itu sahaja, untuk keselamatan pelancong ketika wabak pandemik Covid-19 ini menular, Pulau Pinang melalui pihak EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang (PETACH) telah mengambil inisiatif melancarkan sistem akreditasi kesiapsiagaan pasca COVID-19 (COVID-19 safety accreditation programme) untuk memperkuat lagi langkah kebersihan dan keselamatan yang digaris pemain industri pelancongan Pulau Pinang. Inisiatif ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang bertujuan memulihkan kembali keyakinan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang.

Menariknya lagi.. Bagi anda yang inginkan percutian bertaraf dunia tidak perlu lagi mengembara jauh dari sini.

Ini kerana menurut CNN, Pulau Pinang diiktiraf sebagai salah satu “Tempat Terbaik untuk Dikunjungi untuk Pengalaman Asia Terunggul” (Best Places to Visit for the Ultimate Asia Experience), Pulau Pinang juga terkenal dengan tempat tarikan pelancong yang tiada bandingan di dunia seperti Trek Terowong Tercuram Di Dunia; Menara Skywalk Melengkung Pertama Di Dunia; Cabaran Aktiviti Ropes Course Tertinggi di Dunia; Gelongsor Menegak Pertama di Dunia; Jambatan Stressed Ribbon Altitud Tertinggi di Dunia; Sanktuari Rama-rama & Serangga Yang Pertama di Dunia dan Gelongsor Air Terpanjang di Dunia dengan Rekod Dunia Guinness!

Jadi dengan potongan harga dan tawaran menarik untuk meneroka tempat-tempat yang mengujakan ini, aku menyarankan korang untuk rebutlah peluang ini. Datang beramai-ramai ke Pulau Pinang.

Dan sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai promosi kempen “JOM! Nikmati Pulau Pinang” ini bolehlah lawati penangtraveldeals.com


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Hi.

    Nice blog sis.. 👍🏻👍🏻

    Salam perkenalan, Saya Nora.. jemput singgah blog saya, noramie79.blogspot.com.. topik berkaitan tips sihat cantik dan jana income.. ☺️☺️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *