Dalam bulan Ramadhan ni ramailah yang masing-masing tengah berkira nak beli baju raya, kasut raya, kuih raya dan bermacam raya lagi lah. Tak dilupakan juga yang sedang sibuk mengira berapa hari lagi tinggal nak berhari raya.
Bila bercakap pasal raya, satu je yang menjadi persoalan. Korang dah bayar zakat fitrah ke? Haa..Zakat fitrah.
Zakat fitrah termasuk dalam Rukun Islam yang ke-4
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri
Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.
Tuhan dah bagi kita kesenangan dan keselesaan, janganlah kita lupakan pada yang memerlukan. Dikala kita bersuka ria, pasti ada yang berduka. Melalui zakat fitrah ini la sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi mereka yang memerlukan. Ok, bagi yang belum mengetahui kadar zakat fitrah mengikut negeri masing-masing. Hafiz kongsikan senarainya seperti di bawah:
Hafiz belum bayar lagi. Tapi jangan cakap Hafiz cakap tak serupa bikin pula. Memang sengaja Hafiz nak bayar lambat, kenapa? Sebab, nak bayar zakat ni ada hukum tertentu pada waktu tertentu. Hukum-hukum tersebut adalah:
- Wajib – Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal – Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh – Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram – Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya
semua2, jangan lupa berzakat ya
yup sama juga.
tahun ini bayar untuk 3 orang juga. ngee 😀
Bayar awal pun ok takut lupa last minit, maklumlah sibuk macam2.
perkara yang elok adalah sangat2 baik dipercepatkan…