in ,

Puas Hati Makan Seafood Di Crab Hut Cyberjaya


Yeay.. Tak sangka betul dapat gak merasa makan seafood atas kertas.

Actually dah mengidam lama dah nak makan seafood style tabur-tabur atas meja macam ni.

Dan, ditakdirkan..

Beberapa hari yang lalu dapat pulak jemputan daripada pihak Crab Hut Asia untuk lepak-lepak dan makan-makan bersama dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Alhamdulillah. Orang kata, rezeki jangan ditolak kan. Hehehe.

Crab Hut Cyberjaya, kalau ikutkan tak jauh mana pun dari rumah aku. Jarak perjalanan, cuma dalam lingkungan 15 minit je kalau pandu kereta.

ON applikasi Waze, search Crab Hut Cyberjaya. Walahh..

Map ke Crab Hut Cyberjaya
Klik disini untuk peta >> Crab Hut Cyberjaya

Ini dia. Bangunan yang menempatkan restoran seafood terbaik di Cyberjaya, Shaftsbury Square.

Shaftsbury Square CyberJaya

Untuk makluman, lokasi restoran Crab Hut Cyberjaya ini terletak di Tingkat P2, nak kata restoran ni terletak di hujung-hujung sebelah kanan aras tersebut, tak jugak. Cuma kalau nak senang cari, landmark yang mudah nak diingati, ianya betul-betul berada diatas kedai serbaguna 99 Speedmart.

Crab Hut Restoran Seafood Terbaik Cyberjaya

Tadaa.. sampai dah! Fuhh.. fuhh.. Seharian menahan lapar, maka perut pun mula berkeroncong. Tak sabar weh nak makan lobster! Hee.

Pandang pertama apabila tiba di sini, restoran ini.. selesa sungguh. Yelah, buka-buka pintu je terus udara yang sejuk dan nyaman menyentuh kulit, ruang dalaman pun agak luas.

Crab Hut

Susunan meja pulak teratur secara memanjang.

Menu seafood

Kiranya dengan susun atur sebegini, sesuai sangatlah dengan niat pengunjung yang datang kesini nak makan lobster, ketam, udang, yabby, scallops dan bermacam-macam jenis seafood lagi dengan cara makan tabur-tabur atas meja tu nanti (meja luas, tak perlu risau makan bersepah.. Hahaha).

Menu Seafood Terbaik

Satu perkara yang mudah di Crab Hut Cyberjaya, apabila berhampiran dengan meja korang terdapatnya papan-papan menu yang digantung di dinding-dinding restoran.

Sebagai contoh, ni haa..Lengkap dengan harga ye.

Dekorasi Crab Hut

Roda-roda kat belakang tu, cuma dekorasi je. Nak bagi pandangan dalam restoran nampak cantik. Tapi, sebenarnya.. memang nampak cantik pun. Dan kalau korang ada anak-anak kecil, boleh je suruh diorang pergi main pusing-pusing roda tu. Boleh gerak tau.

Okay, cerita bab makan.. Part ni yang paling ditunggu-tunggu. Mesti korang nak tahu menu apa yang kitorang bedal ramai-ramai malam tu kan?

Ini dia..

Garlic Fried Rice & Baby Octopus
Garlic Fried Rice & Baby Octopus – RM23.00
Jamba Prawns and Thai Sambal Fried Rice
Jamba Prawns & Thai Sambal Fried Rice – RM32.00
Chamala Chicken & Garlic Fried Rice
Chamala Chicken & Garlic Fried Rice – RM22.00
Seafood Crab Hut
Baby Octopus & Prawns Combo – RM29.00

Makan Seafood

Signature Stuffed Sotong
Signature Stuffed Sotong – RM24.00

Haa.. untuk pengetahuan, di sini bukan sahaja menawarkan menu-menu seafood. Kalau ada diantara korang yang rasa nak makan western pun ada.

BBQ Spring Chicken with Chamala Sauce
BBQ Chilled Australian Sirloin Beef in Smoky BBQ Sauce – RM39.90

BBQ Sirloin Beef ni sedap , sebab dagingnya lembut, diperap dengan sempurna. Masuk dimulut, pehh.. nikmat oo!

Dan lagi.. Apa yang menariknya di Crab Hut ini, apabila seafood yang dihidangkan semuanya fresh-fresh belaka. Kalau untuk ketam, yabby.. korang boleh nampak aquarium-aquarium didalam restoran ini dipenuhi dengan makhluk-makhluk seafood. Rambang mata weh.

Crab's Hut Fried Jamabalaya
Crab’s Hut Fried Jamabalaya – RM25.90
Fried Oyster Sandwich
Fried Oyster Sandwich – RM24.00
Fried Soft Shell Crab with Carbonara Spaghetti
Fried Soft Shell Crab with Carbonara Spaghetti – RM23.90

Makan Seafood di Cyberjaya_Crab Hut Asia

Let’s Get Cracking! Masa untuk mengotorkan tangan. Makan lobster, ketam, udang.. apa barang pakai sudu garfu. Hahaha.

Makan lobster merah
Isinya pejal-pejal manis. Kena dengan kuah yang masam-masam pedas.
Meat Crab dengan sos Jamba-Jamba
Seafood Bag – Meat Crab, Mussels dan Cendawan Butang dengan sos Jamba-Jamba – RM128.90
Red Lobster Crab Hut
Red Lobster
Yabbies & Scallops with Zesty Lemon Sauce
Seafood Bag – Yabbies (Lobster kecil), Scallops (Kekapis), Japanese Hamaguri Clams dan Kacang Panjang. Combo ni.. scallops yang digunakan memang terbaik dari ladang. Marvellous!! – RM175.90

Hafiz Rahim_Crab Hut

Makan ketam_Lobster_di Cyberjaya
Haa.. tengok! Dengan cengkerang ketam dan sepit lobster pun kitorang bedal sekali. Huh
Ribena Soda_ Rose Fruit Punch_ Red Apple & Strawberry Blend
RM7.90 setiap satu

Untuk air pula, diantara 3 jenis minuman yang sempat diambil gambar, Ribena Soda (yang ni paling ramai order, sebab memang sedap), Rose Fruit Punch dan Red Apple & Strawberry Blend. Best habaq hang! Minum segelas tak cukup, rasa macam nak tambah bergelas-gelas lagi je. Hohoho.

Kesimpulannya, makan kat sini memang berbaloi. Disamping harganya yang berpatutan, menu-menu yang dihidangkan memang dimasak dengan sempurna. Maksudnya, dalam pinggan korang mesti licin punya la. Tinggal kulit-kulit seafood.

Crab Hut Cyberjaya

Nota penting:

Untuk pengetahuan korang, Crab Hut Cyberjaya sedang mengadakan promosi bulanan iaitu untuk bulan Febuari, ia dipanggil Monthly Crazy Bag February dimana korang boleh menikmati 2 ekor Red Lobster (jumlah berat dalam lingkungan 800 gram) dengan harga RM155.

2.2-MCB Red Lobster CF

Ataupun, korang boleh menikmati “Spanner Crab“, hanya dengan harga RM12 bagi setiap 100 gram (harga biasa RM17 per 100 gram).

1.2-MF2 Spanner yabby
Ini dia Spanner Crab. Jangan pandang pada rupa. Isinya sedappp!

Dan.. kalau korang nak makan combo seafood yang lebih murah, korang sila lah serbu restoran Crab Hut ini pada waktu happy hour setiap hari iaitu dari jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang.

Tunjukkan juga gambar kupon dibawah untuk mendapat 10% lagi diskaun tambahan bagi mana-mana menu makanan selain menu promosi. Ada nama aku kat kupon ni kan? Serius tak tipu! Cuba lah kalau tak percaya.

CH for Bloggers

Cara-cara membuat pesanan di Crab Hut

In case kalau korang nak pergi melantak seafood di Crab Hut tu esok lusa dan rasa-rasa macam tak tahu nak buat pesanan macam mana, kat sini aku kongsikan terus penerangan bagaimana untuk membuat pesanan menu dengan cara yang betul.

Step 1: Pilih makanan laut (minimum 1 jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300 gram ataupun 500 gram (Untuk ketam boleh pilih berapa ekor)

Step 2: Pilih sos (Yang ni kena pilih elok-elok, sebab ada 4 jenis sos dengan 4 tahap kepedasan). Yang aku suggest, korang boleh cuba sos Jamba-Jamba ataupun Signature Southern Bang Saurce

Step 3: Pilih satu atau dua bag buddies (Add-on macam cendawan, jagung, sosej, kentang ataupun kacang panjang).

Selesai ikut ketiga-tiga step. Tunggu! Dan sejurus pesanan siap dimasak, ia dihantar terus ke meja korang. Yeay!

Untuk buat reservation korang boleh call 03-8322 6861, ataupun boleh layari laman web mereka di www.crabhut.asia

Crab Hut Asia
P2-25,
Shaftsbury Square,
Persiaran Multimedia,
Cyberjaya 6,
Selangor, Malaysia
FB.com/crabhutasia

p.s : Kira-kira total harga yang dikenakan untuk kami 15 orang, dalam RM90 satu kepala. Okay la tu.. Puas hati kot. Ketat perut masing-masing dengan seafood. Hohoho


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

15 Comments

Leave a Reply
  1. mak aih sedap nya.
    DT tengah diet nak target penurunan berat badan.
    nanti dah berjaya boleh bagi reward pada diri sendiri kan.
    nanti boleh pergi sini

  2. Memang bagus bila ada restoran yang pamerkan sekali harga makanan. Tambahan pula seafood yang disediakan semua segar-segar.. sedappp!!!

Leave a Reply to Daus Redscarz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *