in

Puas Hati Makan Murtabak Mengkasar Diraja


Murtabak Mengkasar Diraja, antara menu popular yang berasal dari bandar diraja Pekan, Pahang.

Hari ini aku berkesempatan untuk singgah ke cawangannya yang terletak di Medan Selera UiTM Bukit Sekilau, Kuantan.

Murtabak Mengkasar

Restoran Murtabak Mengkasar

Murtabak Mengkasar Diraja Pekan

Actually, aku tak pernah tahu pun sebelum ini pemilik resipi murtabak mengkasar ini buka cawangan baru. Tapi hari ini dapat tahu hanya setelah ayah mertua aku bagitahu tadi dek kerana wife teringin nak makan.

Murtabak Mengkasar, rasa juadah ini lain daripada yang lain. Disamping inti daging lembu atau ayamnya yang diletakkan dengan kuantiti yang banyak, aroma rempah ratusnya yang wangi mampu memukau sesiapa saja yang berkunjung.

Harga Murtabak Mengkasar

  • Daging biasa – RM7
  • Ayam biasa – RM7
  • Daging Special – RM9
  • Ayam Special – RM9
  • Mix Special (Ayam + Daging) – RM10
Murtabak Mengkasar Segera
Frozen punya pun dah ada dah!

Buat masa sekarang terdapat 4 cawangan Murtabak Mengkasar ini keseluruhannya. So, jika ada antara korang yang teringin untuk mencuba, boleh lah serbu cawangan-cawangan berikut:

  • Jalan Sultan Abu Bakar, Pekan
  • Medan Selera UiTM Bukit Sekilau
  • China Town, Kuantan
  • Taman Seri Rampai, Setapak Kuala Lumpur

Waktu operasi daripada jam 3.30 petang hingga 12.00 tengah malam.

p/s: Size kecil sikit daripada murtabak Singapore.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
  1. memang terbaik murtabak diraja ni..aku pernah makan yang dekat Pekan tu…order 3 biji unutk 6 orang makan..sampai tak terhabis

  2. Nampak besar saiz Murtabak ini jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan Murtabak yang dijual ditempat saya.. Sesuai dengan harganya, dan sudah tentu rasanya juga tak kurang hebatnya….

  3. Hurmm….. pernah dengar yang cawangan kat SRI RAMPAI tu…. tapi still ada lagi ke bro…. sebab ada kata yang dah tutup….

  4. wahh..nampak sedap murtabak ni bro…da lama pula tak makan murtabak…tetiba teringin pula…nak cari la time cuti nanti…hehe

  5. hari tue balik JB lalu Pekan, ayah mertua ada cerita tentang murtabak mengkasar. rupanya memang femes ya..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *