in

Puas Hati Guna Unifi


Lega bila dah pasang Unifi dekat rumah. Dah tak perlu fikir lagi nak topup kuota data banyak-banyak.

Bila teringat semula bulan lepas, memang horror gila. Aku seorang je dah topup lebih daripada 10 kali, belum campur isteri punya lagi. Dia punya, mak aih.. barangkali lebih 20 kali. Semua Youtube punya angkara.

Sebelum dan selepas pakai Unifi

Khair

Balik rumah, Khair ambik fon terus pasang cerita Disney Egg Collector. Kalau bukan cerita tu, kartun Disney Hi-5. Dia tengok sambil joget-joget ataupun sambil baring silang kaki. Haishh.. ikut perangai siapa lah ni. Hahaha.

Walaubagaimana pun, itu bukan point aku yang sebenar untuk entri ni. Point aku disini untuk menyatakan, aku memang aku puas hati dengan adanya Unifi dalam hidup aku. Bukan saja sebab aku boleh download macam-macam benda tanpa fikir extra caj yang akan dikenakan, tetapi boleh juga main PS3 secara online ataupun streaming video tanpa ada gangguan (buffering).

p/s: Even isteri nak buat panggilan telefon ke kampung pun percuma je beb. Jimat duit poket. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

22 Comments

Leave a Reply
  1. Tempat saya tak ada unifi.. tapi saya guna streamyx dengan kelajuan 1MB.. Dapat memberi kemudahan kepada seisi keluarga untuk menggunakan kemudahan internet. . 😉

  2. Welcome to the club. Lepas seminggu, kena check semula tahap kepuasan. Ramai juga yang terkena, seminggu je line cantik, lepas tu buat hal. Tapi kebanyakkannya ok la sampai habis contract.

  3. Tempat aku bukan saja UniFi / Streamyx takde, infra TM pun langsung takde.. Fixed line memang tak boleh pakai.. Internet 100% terpaksa bergantung pada data mobile je.. Sedih betul.. Padahal rumah takde la jauh sangat dari bandar..

    Nasib baik aku guna internet tak banyak sangat.. Tambah pulak guna simkad jimat.. hee

  4. Yeahhhh….. dah sebulan yea… confirm lebih happy nak online compare nak tengok citer kat tv kan skang nie…. faktor internet laju pun boleh kasi mood baik untuk blogging gak kan….

  5. waaaahhh…. aku tumpang gembira.. patutnya dah lama dah bro guna unifi ni.. macam kami.. hehehe.. all the best bro.. thanks in advance for promo ejen unifi yang hensem ni…

  6. Unifi
    Bagai Aur dengan tebing, Bagai Bulan dan bintang hehehe… memang kalau dah kena dos “high speed ” ni nanti gian lah jawabnya… semua benda laju, anak buat round youtube 10 kali upin dan ipin relax jer yer…hehehe

  7. Sebelum ni , guna streamyx.. Tp , kurang berpuas hati. Sekarang , dalam proses berpindah rumah. Cadang lepas ni , memang nak cuba TIME la..

    Streamyx ni , kalo dapat tempat yang port internet elok , memang xde masalah.
    Kalo port internet rosak , memang asyik problem la. Naik letih call TM buat aduan.

  8. hikhik,, Aiz setakat ni guna celcom n maxis jaa… Celcom surf biasa biasa.. maxis buat download macam macam.. =P (pengalaman guna broadband dan buat phone sebagai modem..)

  9. kau kira ok la 2
    kat rumah aku nie ramai kaki download
    kerja2 semua network engineer
    nk blok dorang memang tak termampu la aku

  10. Ada spe2 nak apply unifi..bole berhubung dengan saya..saya bole check adakah tempat anda meliputi coverage unifi atau tak? dan register terus utk pemasangan unifi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *