Dua kali bercuti di Johor, dua-dua kali restoran ZZ Sup Tulang ni wajib aku singgah. Singgah bukan sebab nak usha awek cun, tapi sebab penangan mee rebus tulang dia yang tangkap leleh gila.
Wife aku yang tak pernah suka mee rebus gaya masakan johor yang kuahnya pekat coklat tu, tiba-tiba dah bertukar selera jadi favourite dish pulak kan.
Hinggakan makan sampai menjilat tulang. Hahaha.
Well.. sedap memang sedap, empuk memang empuk. Cuma nak sampai ke restoran ZZ Johor ni agak bermasalah bagi aku.
Dua kali kunjungan kesana guna Google Map, dua kali sesat. Nasib baik at last berbekalkan sedikit memori yang dulu, sesat kali kedua agak singkat. Hehehe.
Apa-apa pun, makan mee rebus tulang di restoran ZZ ini sememangnya satu kepuasan peribadi.
Kalau korang pergi ke Johor, sila masukkan restoran ZZ ini dalam senarai wajib singgah ye. Mesti puas hati.
Nota: Untuk lokasi, rujuk map kat bawah.