Wahh.. lama menunggu akhirnya dapat jugak aku bawak anak bini makan kat The Chicken Rice Shop. Rasa puas bukan saja kerana dah boleh dine in dengan family tanpa risaukan terlanggar SOP PKP, malah timing tu macam elok-elok je bilamana masa aku pergi makan ni.. tepat dengan masanya menu kegemaran aku, Grilled Butter Chicken dilancarkan.
Padanan isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah, bila suap ke mulut.. terasa lemak-lemak manis pedas.
Fuh, personally bagi aku menu ini adalah satu padanan yang cukup sempurna bukan saja untuk memuaskan selera tapi juga memikat hati siapa saja yang mencubanya.
Bak kata Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd, June Song, “Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata dapat menggambarkan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulang kali dengan Grilled Butter Chicken.”
Betul.. aku sokong kenyataan tu. Kalau tak takkan aku beria sanggup terjah The Chicken Rice Shop untuk menjamu menu ni kan. Hee.
Oh ya.. alang-alang dah makan menu Grilled Butter Chicken daripada The Chicken Rice Shop ni, jangan dilupakan juga untuk sertai kontes yang mereka anjurkan bermula 16 Nov – 20 Dis 2020.
Kontes ini yang diberi nama Jadikan GBC JODOH anda memerlukan korang mengikuti beberapa langkah mudah je untuk menjadikan korang sebagai peserta yang berkemungkinan menjadi 10 orang pemenang yang akan menerima 1x e-voucher Grilled Butter Chicken Meal A.
Langkah-langkah mudah itu adalah:
- Beli Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop, dan ambil gambarnya secara kreatif.
- Buka Instagram Stories dan buat carian filter “fake video call”.
- Pilih mana-mana filter “fake video call” yang ada dan pilih “Add Media”.
- Masukkan gambar Grilled Butter Chicken.
- Dengan menggunakan filter “fake video call”, beritahu Grilled Butter Chicken betapa sukanya korang padanya.
- Kemudian, muat naik video tersebut di akaun Facebook, Instagram, atau TikTok anda (yang mana lebih banyak followers)
- Tag @thechickenriceshop dan tambahkan juga hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken pada siaran / cerita anda.
Haa.. mudah kan. Aku pun dah buat buat dah video aku untuk join. Benda simple je pun. Mana lah tahu ada rezeki menang. Dapat 1x e-voucher Grilled Butter Chicken pun berbaloi juga tu.. sebab dapat makan menu yang aku suka. Nyum..nyum.. nyum.
Nota: Untuk melayakkan korang menyertai kontes ini, jangan lupa follow akaun sosial media mereka di Facebook, Instagram dan/atau TikTok. Dan sekiranya korang memerlukan maklumat yang lebih lanjut, korang boleh rujuk laman web rasmi mereka di www.thechickenriceshop.com ikuti laman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/thechickenriceshop.
Nampaknya memang best lar grilled butter chicken ni. Meliur 🙂
memang puas hati..tapi nape muka abam macam tak hepi je..
Lapor.. tak sabar nak makan. Hahaha
xpenah masuk kedai nasi ayam ni..kt trgganu entah ada ke tak .