Kalau ikutkan hati memang tahun ni aku plan nak cukupkan hari untuk berbuka puasa di rumah je sebab nak jimatkan perbelanjaan.
Tapi, dah nama pun rezeki Ramadhan. Bila dijemput untuk singgah berbuka puasa di 9Kedondong, memang aku tak mampu nak menolak lah kan.
Sebabnya, aku tertanya-tanya 9Kedondong ni restoran ke apa? Kerana sepanjang tempoh aku pernah kerja di Jalan Ampang dulu, tak pernah pulak terdengar nama 9Kedondong ni. Hohoho.
Jadi, disebabkan rasa ingin tahu dan juga ada kawan untuk makan bersama-sama, maka niat nak pergi tu membuak-buak.
Habis waktu kerja, aku terus gerak ke lokasi yang dicari. 9Kedondong, terletak di Jalan Ampang.. betul-betul berhampiran dengan Taman Tasik Ampang Hilir dan kedutaan Yaman.
Dalam fikiran, kalau dah masuk kawasan sini.. satu je.. trafik sesak. Yelah, sebabnya Jalan Ampang dah memang well-known dengan kawasan jem kot. Lagi mahu fikir tak jem. Hahaha.
Tapi, rupa-rupanya aku bernasib baik.
Dengan pertolongan pakcik Waze dan jugak aku rasakan mungkin sebab sekarang ni masih lagi cuti sekolah.. maka, jam 6 petang aku dah tercongok kat sana.
Fuhh..
Awal sangat tak tau nak buat apa lah pulak kan. Lagipun tempat ini rupa-rupanya adalah lot banglo, bukan restoran. Jadi, nak jalan-jalan cuci mata memang takde harapan dah.
Pasrah je lah layan Facebook, sambil-sambil berjalan mundar mandir snap gambar apa yang kelihatan agak menarik sementara nak tunggu masuk waktu berbuka. Heee.
Berbuka puasa di 9Kedondong
Dalam jam 7.25 malam, azan dilaungkan. 10 minit sebelum tu dah boleh ready dah pergi ambil makanan berbuka masing-masing.
Dan yang paling mencuri perhatian aku ketika juadah disediakan, dah tentulah daging kambing.
All time favourite, wajib kena beratur dulu. Bagi aku kalau buffet Ramadhan takde kambing, memang lain kali out of the list dah.
Kemudiannya diambil pula nasi dengan lauk pauk yang dimasak ala-ala tradisional. Serius banyak weh.. I loike. 😉
Cukup hidangan didepan meja, doa dibaca kemudian juadah didepan mata dijamah.
First impression tentang daging kambing..
Fuhhhhhhh.. Wallah! Awesome gila. Boleh dikatakan first class punya taste. Tak sia-sia aku tercegat menunggu kambing siap dibakar. Kombinasi daging kambing yang dipotong-potong kecil dengan kuah black pepper yang dihidangkan, sangat sedap. That’s why 2 kali aku pergi tambah. Hahaha.
Kemudiannya menu nasi dengan lauk-pauk tradisional. Aku difahamkan lauk-lauk disini adalah resipi mereka yang tersendiri. Yang mencuri perhatian aku adalah daging opor dan juga siput sedut.
Walaupun terasa agak pedas pada mulanya, tapi bila dah lama-lama.. rasa masam, masin, manisnya yang cukup, buatkan aku berselera je untuk habiskan hidangan dalam pinggan. Hmm.. Aku syak lah kan, tukang masaknya bukan sembarangan orang. Manakan tidak, semua sedap-sedap kot! Tak rugi datang.
Menu-menu tambahan lain seperti kuih-muih, kurma, bubur kacang, mee goreng, rojak buah, ABC, mee rebus.. yang ni pelengkap kepada santapan berbuka. Ditambah dengan air sirap bandung yang kemudiannya bila habis, diganti dengan sirap limau.. memang melegakan tekak.
Fuh.. kenyang.. kenyang. Nasib baik aku pakai seluar longgar, kalau tak.. nak solat pun rasa seksa (tersangkut perut). Hahaha.
By the way, kalau korang ingin mencuba buffet Ramadhan di 9Kedondong ini.. harganya takde lah mahal mana. Cuma RM55 bagi seorang dewasa manakala RM28 bagi kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun. By far, apa yang aku boleh kata.. Berbaloi habaq hang. Tak nyesal kalau datang.
Cuma kalau boleh, dinasihatkan jangan datang lambat. Sebab, kat sini lot parkirnya agak terhad. Jadi, kalau lambat, kena park tepi jalan (actually bukan masalah besar pun, jalan tu bukan jalan utama. Kawasan lot banglo. Apadahal..)
Nota: Dalam 20 minit selepas masuk waktu berbuka, mereka mengadakan solat berjemaah (optional untuk mereka yang datang ke sini untuk join sekali. Kalau tak nak, nak solat kemudian sendiri-sendiri pun boleh). Dan selepas solat Isya’ diadakan juga solat Tarawih beramai-ramai (juga optional).
Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk Facebook dan Instagram 9Kedondong seperti pautan yang dikongsikan dibawah, ataupun jika korang nak book.. boleh terus contact je nombor ni, 03-42568311.
Facebook: www.facebook.com/9Kedondong
Instagram: www.instagram.com/9kedondong
bestnya.. dapat makan dekat sini… perut kenyang hati pun senang.
kambing kat sini sedap giler…
aku paling suka ayam oppo dia… nak tambah.; dh habis pulak hihi
Seronok je tgk kambing bakar tu. Hehe
Tudiaaa.. Banyak nya bang hapis makan! Ehehee.. Dpt jumpa gak kan setelah sekian lama..
Ayam opor dia sedap gile!!! Kambing pun sedap gile!!!
Terbaik cantik gambar-gambar makanan. Ambil guna kamera apa ya?
Perghhh.. Kambing.. Sedap tuu..
mata sy tertumpu pada kambing tu jer…
mata sy tertumpu pada kambing tu jer Terbaik cantik gambar-gambar makanan
ermm teruja tengok menu yang ada..huhuhu teringin nak gi jugak..
tengok gambar pun dah rase nak ngap trus huhu
Wah …. Kambing guling tu asyik sangat nampanya … Cocok untuk menu berbuka puasa……