in

Proses tukar hak milik kenderaan


Hari tu aku ada buat pertukaran nama kereta kancil wife aku. So, biar aku explain kat sini serba sedikit tentang proses tersebut. Kereta tu sebenarnya nak ditukarkan hak milik kancil tu kepada adik wife aku. Tak susah pun sebenarnya. Boleh refer procedure dibawah.

PUSPAKOM

  1. Mula-mula aku bawak kereta kancil tu ke PUSPAKOM (Setapak) untuk diperiksa. Just cakap kat guard PUSPAKOM tu untuk proses tukar milik. Nanti diorang akan bagi 1 form, aku tak ingat form tu nama apa.
  2. Isi form then pegi kat kaunter ekspress drive thru, diorang akan check sama ada kereta  yang nak tukar hak milik tu tersenarai dalam black list ataupun tidak. Kalau kereta tersenarai dalam black list, kena pegi check detail kat kaunter semakan (so far kancil wife aku clear). Bila clear, bayar RM30 dan tinggalkan geran asal untuk proses check kereta.
  3. Bawak kereta ke bahagian pemeriksaan, pihak Puspakom akan amik gambar, check cermin, no. chasis dan keadaan body kereta.
  4. Siap periksa, kita kena pergi kaunter semakan untuk ambil balik geran asal dan sijil PUSPAKOM.

Settle bab Puspakom. Senang. Sama ada lambat atau cepat je lah Puspakom buat kerja. Kalau staff PUSPAKOM ramai yang kerja masa kita pergi, cepat lah siap. Pukul 8 aku dah kat sana. Dalam 45 minit dah siap. Next step, cancel insurans.

INSURANS

Insurans paling penting untuk tukar hak milik. Untuk kes aku, kena cancel insurans atas nama wife. Sebabnya.. DAH TAK PERLU. Owner baru akan pakai insurans baru atas nama diorang sendiri. Disebabkan owner baru tu adik wife aku sendiri, so proses cancel insurans lama dan beli insurans baru agak senang. Kitorang pakai insurans yang sama iaitu Etiqa.

  1. Aku dan wife pergi Dataran Maybank, Bangsar (owner lama iaitu wife aku la, kena ada sekali). Sepatutnya kalau ikutkan, mana-mana Maybank Auto Finance boleh buatkan. Tapi masa aku pergi Maybank Auto Finance yang dekat dengan rumah, staff kat situ agak malas nak tolong buatkan. So, aku terus pegi Dataran Maybank – Headquarters, confirm boleh buat.
  2. Ambil nombor di kaunter dan tunggu. Nanti staff Etiqa panggil, then aku cakap kat pegawai yang bertugas, nak cancel insurans owner lama dan buat insurans untuk owner baru.

    * Dokumen yang WAJIB ada – Polisi Insurans Owner lama, salinan IC owner lama dan baru, no akaun bank maybank owner lama (in case insurans owner lama still lambat nak expired, bank akan refund balik duit insurance untuk tempoh baki sebelum expired)

  3. Masa cancel nanti staff Etiqa tu akan bagitahu berapa duit insurans yang boleh di refund. Duit tu nanti Etiqa akan direct bank in dalam akaun.
  4. Dah settle cancel insurans owner lama. Next untuk buat insurans owner baru, staff Etiqa akan tanya berapa nilai kereta yang owner baru nak issured (Yang ni ikut harga semasa kereta, tapi kalau kereta kancil macam wife aku tu value dah kurang dari RM8000.. Maka, jumlah insuran minimum yang WAJIB kena issured adalah RM8000. Tak boleh kurang dari tu). Biasanya kalau owner baru yang tak pernah ada NCD, sum issured plak RM8000. Total insurans yang akan kena bayar dalam RM380++ je. Tak mahal pun.
  5. Dah bayar harga insurans baru, nanti akan dapat salinan polisi insurans owner baru. Seterusnya, dah boleh pegi JPJ tukar nama. =)

JPJ

Aku buat tukar hak milik kat JPJ Setapak.

Dokumen yang kena ada :

  • Salinan IC owner baru dan lama
  • Geran asal kereta
  • Sijil PUSPAKOM
  • Fotokopi policy insurans owner baru
  1. Naik tingkat 1, minta kat brader jaga kaunter depan tu borang tukar hak milik. Ada 5 borang kesemuanya yang kena isi.
    • 1 borang TM-1 ( untuk semak dokumen yang perlu ada )
    • 2 borang JPJK3 ( untuk isi detail owner lama & baru)
    • 2 borang TM-AB ( untuk pengesahan identiti pemilik lama dan baru)

      * TM-AB (Kena pegi mintak cop dan tandatangan Pesuruh Jaya Sumpah untuk verify, in case kalau owner baru atau lama tak datang. Bayar RM10 je)

      * JPJK3 kena ada tandatangan owner lama dan baru. Kalau owner baru tak datang boleh sign sendiri je. Tapi jangan sign depan JPJ plak.

  2. Pegi balik kaunter ambil borang tadi, ambil nombor dan tunggu. Bila dah dipanggil. Diorang check dan key in sume data, bayar RM100. Untuk roadtax setahun RM20.

So, jumlah duit yang dikeluarkan untuk tukar hak milik kereta semasa di JPJ:

  • Puspakom : RM30
  • Insurans : RM380 (Anggaran)
  • JPJ : RM100
  • Pesuruh Jaya Sumpah : RM10

Total = RM520

Sebenarnya tak susah pun nak buat tukar hak milik ni, dulu aku ingat susah sangat. Cuma penat sikit terkejar sana sini. Nak senang suruh runner buatkan, tapi letih nak bayar upah la pulak kan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

146 Comments

Leave a Reply
  1. Salam Hafiz, untuk bahagian pemeriksaan Puspakom tu, selain check cermin, nombor chasis dan keadaan body kereta, ada tak diorang check keadaan tayar dan brek? Saya nak tukar hakmilik kereta dari nama kakak saya kepada nama saya. Terima kasih.

    • waalaikumussalam,

      untuk brek diorang just test brek je makan ke tak makan..brek pad haus ke, nak habis ke diorang tak kisah..tak bukak pun brek tu..tayar pun xcheck..hari tu kancil tu, tayar botak sebelah ok je..diorang takde cakap pape pun.

      • Informasi ni amat baik. Sy banyak gunakan masa proses tukar nama baru2 ni.cuma inilah pengalaman saya…. tak sesmooth en hafiz. mungkinkah kerana saya wanita? senang ditipu?Saya baru buat urusan tukar milik nama. Beli keta secondhand je. Puspakom buat sendiri lepas. Gi jpj bawa semua borang yg dah diisi dan fotostat ic owner lama n saya. Pastu org jpj kata kena pengesahan pesuruhjaya sumpah. Saya pergi cari pesuruhjaya sumpah – mentah2 kena tolak . Diorg kata kena empunya ic dtg angkat sumpah baru blh cop. Last skali kena guna runner juga sbb diorg je tahu camana nak settlekan… Sakit hati bayar upah runner. Sy dah buat separuh jalan. Padahal sy owner baru. Tinggl bab chop pesuruhjaya sumpah/ pegawai jpj je… Masa kat jpj ada siap offer nak buatkan sy x nak… Sbb nak jimat. Last skali kena guna runner juga… Sy rasa pegawai jpj yg explain kat sy tu ambil kesempatan.. … Kenapa kalau pakai runner owner lama n baru x perlu gi depan pesuruhjaya sumpah or pegawai jpj pun blh cop?!!! Allah je tahu…. Sy terkilan sgt terbang duit byr runner…..

        • memang kt angkat sumpah owner lama kene dtg..pesuruhjaya sumpah kene check ic owner lama dan owner lama wajib hadir..kalau guna runner diorg mmg dh ade link sendiri…maksudnya diorg akan pegi kt pesuruhjaya sumpah yg link dgn tmpat used car yg diorg jaga…

  2. Salam Hafiz, nk tanya . Kiranya utk proses penukaran nama hak milik kereta ni, owner lama perlu ade ke utk setiap proses yg Hafiz cerita tu (puspakom->insuran->jpj) or owner lama perlu ada masa proses tukar insurans sahaja? Harap Hafiz dpt jwb soalan saya. Terima Kasih.

    • untuk puspakom owner lama tak ikut sekali pun tak ape..orang lain boleh bawakan kereta..cuma yang penting geran.

      untuk tukar nama kalau owner tak datang, boleh kawtim dengan pesuruhjaya sumpah..diorang mintak tengok ic owner lama n baru je sebelum diorang chop..

      insurans pulak, kalau nak cancel insurans owner lama..owner lama kena pegi buat sendiri..then untuk buat insurans untuk owner baru, orang lain boleh tolong buatkan

      • prosedur sekarang ni still boleh guna khidmat pesuruhjaya sumpah ke? saya dengar dari kawan, khidmat diorang dah tak diterima pakai. ntah btol ntah tidak. tapi kat borang “TM-AB (Pind 1/2012)” pun tulis “Pegawai JPJ / Hakim Mahkamah Sesyen / Majistret” sahaja yg diberi kuasa untuk cop borang tu. apa kata Hafiz?

        • takde plak saya dengar berita orang kata macam tu..kawan tu kerja JPJ ke, dia pernah buat tukar nama dalam masa terdekat ke? kalau tak, apa yang dia cakap tu tak boleh guna pakai..kalau bro taknak buat kerja dua kali, mungkin bro leh call JPJ dulu tanya prosedure ada tukar baru ke tak.

  3. salam hafiz,,utk tkar nama di jpj kalau utk motorsikal pn kena rm100 ya? kalau owner lama x dtg masa proses tu blh x?…harap dpt info sedikit

    • Salam sejahtera en hafiz, terima kasih krn menulis mengenai topikn ni. Ianya bnyk membantu..
      Sy cuma nak tambah beberapa pengalamana sy dlm proses tukar hakmilik ni..

      1) Setengah Puspakom kena buat booking dulu. Cth sy buat kat Alor Setar kena pre booking dan blh buat melalui telefon, jadi kena check dulu. Kebaikannya proses check kejap je.

      2)Megenai borang TM AB tu, memang sekrng x blh disahkan Pesuruhjaya Sumpah,kena Hakim je mcm yg tertera di borang tu jd klau senang buat kat JPJ je. Sy cuba buat kat PS di mahkamah majistret diaorng kata x boleh..

      Harap ianya blh membantu sesiapa yg nak buat proses tukar hak milik.

  4. Assalamualaikum en hafiz, nak tanya..jikalau insurans tu dah nama owner baru so tak perlulah kita nak pegi ke ofis insurans lagi kan? just lepas puspakom tu dah boleh trus pegi jpj? betul?
    thanks.

  5. salam hafiz..nak tanye,sijil puspakom tu ade tarikh luput tak? lame mane valid bley pakai? sbb sy ingat nk buat step by step puspakom,insuran ngn jpj tu sbb mase x cukop..kene buat slow2 day by day..dan bley tau kat mane bley dptkan pengesahan pesuruhjaya sumpah? thanks

    • ada expiry date..tapi saya lupa dah berapa lama..2 bulan rasanya..kena double confirm ngan jpj..pesuruhjaya sumpah biasanya mesti ade dekat area2 jpj tu..biasanya dalam bangunan jpj sendiri tu pun ada.

  6. salam Hafiz..nk tnye, perlu tak bawak kerete yg nk tukar name utk urusan insuran ngn jpj? kot2 diorg nk tngk kete ke tak..sbb kete kat kmpng,payah la plak nk ambik..

  7. Slm nak tanya ckt nie, kalau kita tukar hak milik kenderaan nie kita kena tukar sekali loan kete ke ?? coz kete kakak nak tukar pada nama saya….

  8. salam en hafiz..utk process buyer baru beli insuran..perlu disertakan geran kereta x? kalau kena, geran kereta tu atas nama sapa ea?

  9. Yep, saye pun ade pengalaman tukar nama di JPJ Setapak tu..Kerja dia mcm En Hafiz cerita kat atas tu..menang terkejar2 sebab kena buat step by step, dari cancel insuran, puspakom & jpj..Cuma 1 benda lah yang saya nak kongsi kan di sini..Waktu saya sedang tunggu giliran masuk ke tempat pemeriksaan puspakom tu, ade sorang guard yang melawat dari kereta ke kereta..Dia ketuk cermin kereta saya & bagitahu “Cermin encik ni gelap ni..kalau masuk mesti tak lepas..baik encik tarik tinted kereta ni dulu sebelum buat pemeriksaan..kalau tak rugi je bayar RM30 ni nanti tak lepas, nak kena keluar tarik tinted dulu. Masuk skali lagi nanti kena charge lagi RM30 pulak..” macam tu lah lebih kurang guard tu cakap dgn saya dalam loghat negeri 9. Memang tinted cermin saya nampak agak gelap tp sebelum install saya dah tanya tuan punya kedai tu samada lulus jpj @ puspakom tak) Saya tawakkal je & masuk buat pemeriksaan, LEPAS..! waktu nak pergi balik ke kaunter pendaftaran puspakom, saya ternampak sorang remaja tengah tarik tinted kereta dia..So, pendapat saya lah, jangan la tarik dulu tinted kereta tu walaupun ada orang kata gelap (kecuali lah korang letak tinted 3 layer, memang la tak lepas) Try lah masuk dulu kalau korang confident, lagipun sekali bayaran pemeriksaan hanya RM30..Kalau korang tarik tinted dulu buatnya tinted korang sebenarnya lulus, kan naya…

  10. Salam…jap…jap…saya nk tumpang tny..pls explain…semalam sy baru je tukar nama saya ke atas nama adik saya untuk kenderaan motosikal..dicas RM 210..pastu kena g kaunter satu lagi kena RM3..sy blurr..kenapa byk sgt cas?? maaf la..sy tau awk bkn bdak JPJ tp..mcm xmasuk akal kalo tukar nama atas kenderaan RM 100 napa sy nyer mahal ek…ke mmg bayaran nye cm tu..

  11. Salam. Nak tanya;

    1) Pesuruhjaya sumpah tu mmg ada office/kaunter kat dlm JPJ? Atau kene ke luar?
    2) Kalau by the time kita nak tukar nama, mmg roadtax dan insuran owner asal dah mati perlu buat proses cancel insuran? Atau owner baru terus je tukar nama?

    • bergantung..ada jpj yang pesuruhjaya sumpah kat dalam kawasan jpj tu sendiri.ada yang kita terpaksa cari kat tempat lain

      kalau masa tu insurans n roadtax dah mati, dah takda ape2 yang nak dicancel..buat insurans atas nama owner baru je terus then renew roadtax

  12. ape kriteria yg dititikberatkan oleh puspakom @ jpj? kalo kereta yang mau tukar nama tu ade kerosakan suis start, body kete bekarat, aircond xhidup, agak2 lepas x? lepas tu wajib buat insurans baru ke? sebab sy baru je renew insuran?

  13. erm,
    ape kriteria yg dititikberatkan oleh puspakom @ jpj? kalo kereta yang mau tukar nama tu ade kerosakan suis start, body kete bekarat, aircond xhidup, agak2 lepas x? lepas tu wajib buat insurans baru ke? sebab sy baru je renew insuran?

  14. salam bang..

    saya nak tanye la..

    kalau keta saye ni beli second hand drpd seseorang, ttpi dah 6 bulan tak seatle2 transfer nama..sampaikan roadtax yg pakai untk tmpoh 6 bulan dah nak tamat..
    mengikut katanya, insurance dah buat,tp nama hak milik tak tukar lgi… ade ke cmtu??
    so skrg bgaimanakah cara sy nak renew roadtax keta saya ni?

  15. Baik utk info…dalam satu hari bole siap ker semua proses tu…Mmg penat gaj ke hulu kehilir…kena ambik cuti utk buat proses pertukaran tu.

  16. tumpang tanya, kalau bg proses tukar hakmilik bg motosikal macam mana? adakah urusan insurans tu sama je mcm kereta? terima kasih

  17. Sy bru beli moto dr kurnia insuran secara tender. Tp polisi insuran tkde pun. Sy dpt geran baru . Klau nk tuka nme kne bawa jugak ke polisi insuran?

  18. teringat pengalaman dkna beli keta 2nd pastu jual yang tu beli kereta baru.. duh! pengalaman berbeza-beza.

    *yang pasti dkna duduk rumah, tiba masa pergi JPJ tukar nama hahaa.. yang lain-lain hal ada orang tolong setelkan,,, best kan jadi pemilimik asal kereta perempuan 😛

  19. salam bro… nak tanye la.
    1. Boleh x kalu sy transfer insuran kereta lama(nama sy) k kereta len ( beli lain).maknenyer kete lain tu still pakai insuran nama sy just kete jer berubah..
    2. Kalu kereta lain secondhand boleh buat mcm tu x? or untuk kereta baru sahaja..?

    • boleh..sediakan duit aje bro..biasanya orang akan transfer insurans kereta lama ke kereta baru, sebab nak dapatkan ncd ke atas kereta baru..nanti insurans taklah mahal sangat.

  20. hafiz, salam…nak tanya ckit pasal apa bende yang dia orang cek kat puspakom…sebab tayar dan body keta abang tak berapa cun

  21. salam, tumpang tanya, macam mana nak tukar nama hak milik kereta peninggalan arwah bapa kepada nama saya? Kereta tu arwah bapa dah habis bayar dengan bank.

      • Salam,en hafiz nk tye ni,saya nk tukar name bapa sy kpd nama sy,doc sume da ade ,ic copy bapa,geran, insuran pon da habis date, leh x tukar trus insuran 2,sbb nk bwk bapa sy die dok kg,jauh,prlu gak k bwk die utk batal insurn lama,@ leh trus tukar baru??

  22. salam en hafiz,

    saya pun ada pertanyaan yg same gak dengan lina..
    tlg jelaskan…memandangkan owner lama dah meninggal, so apa yg perlu saya buat..adakah proses nyer sama…
    tq

  23. salam hafiz.saya nak tnya kalau saya nak tukar hakmilik apa dokumen yang kene ada

    adakah perlu ada
    salinan ic owner lama
    salinan ic owner baru
    borang puspakom

    tq sgt

  24. En hafiz blh x tlg sy… Mana nakdpt pesuruhjaya sumpah yg blh kawtim. Sy nak tukar nama. Owner lama dh bg salinan ic tp xmo gi buat pengesahan. Sy owner baru… Nyesal beli kat cina…..

  25. Assalamua’laikum En Hafiz

    -Berhubung dgn borang TM-AB, boleh sy tahu lokasi dimana En Hafiz dapatkn pengesahan dari pesuruh-jaya sumpah di kwsn En Hafiz kerana sy ingin berurusan dgn JPJ di Setapak, dan perlu membuat pengesahan dgn pesuruh jaya sumpah

    – adakah pemilik baru dan lama perlu membuat pengesahan dgn pesuruh jaya sumpah ataupn cukup sekadar wakil sama ada dari pihak pemilik baru atau lama

    Terima Kasih atas maklumat yg diberikan

  26. Salam….nk tnye…saya ni owner lame…jap lg sy nk g jpj dgn owner baru..so,sape yg perlu bayar RM100+RM20(utk rdtax) tu??

    • ni semua owner baru la patut kena tanggung…. kalau gi car dealer pun dia mintak caj semua ni…cuma x nampak sbb dia dah translate dalam harga kete….sabo je la///

  27. salam hafiz.. mohon nasihat

    saya nak tukar no plat kereta (kereta nama saya).. so beli motor atas nama suami… tapi nak tukar no plat x boleh sebab motor nama suami..saya pergi kedai motor semula untuk tukar insuran motor ke nama saya.mreka kata x boleh… ni yang buat saya marah ..motor saya x ambil pun lagi. banyak la alasan kedai motor. x boleh laaa…….ambil masa sebulan ….mcm ner hafiz saya nak dpt dlm tempoh terdekat ni. mohon nasihat

  28. Salam encik hafiz, nak tanya… Macam saya ada sebuah kereta myvi, bank masih ada lagi, boleh ke saya tukar nama kereta tu kepada orang lain?

  29. salam en hafiz
    saya nak beli kereta s/hand…saya nak buat pertukaran nama n insuran baru tapi salesman mintak rm2700 untuk proses tersebut..bile saye kate nak buat sendiri insuran tu die kate xbole kne buat kat bank yang kite buat loan tu…betul ke kita xboleh buat sendiri…orner lama ofice mate jer..dari segi yang en hafiz terangkan xla begitu mahal…

  30. Salam encik hafiz..mcm2 soklan nk tnye tp kbnyakannya dh pn trjwb dlm komen2 kt ats2 ni tq so much….sy dlm proses nk beli myvi 2nd hand dr used car.. n smuanya buat sndiri je x de lelaki lgsung yg mmbntu.maklum laa..merantau..1st time plk tu nk beli kreta….
    1 je soalan nii..kalau dh llus loan bank baru g buat puspakom kan? Baru blh tukar nama..btl x? Sekiranya puapakom fail…cmne dgn loan bank tu??

  31. salam en hafiz,

    mohon nasihat, kereta saya ni dia punyer setereng kete tempat horn dah tak berfungsi,Air pump viper pun dah tak jalan dan lampu belakang untuk malam dah tak fungsi tapi emergency brake semua lampu menyala.

    Semua ni PUSPAKOM akan check jugak ker……….

    Terima kasih ayas bantuan///

  32. Salam en.hafiz sy nak tny kalau nak tukar nama kereta tu tapi kereta roadtax dah mati lama, pergi puspakom check blh ke? Takut plak kena tahan nanti hehehe

  33. assalamualaikum…
    klu sya nk jual moto arwah ayah saya nk kna tukar nama dulu ka?? geran atas nama ayah saya..
    klu kna tukar nama mcm mna klu ayah saya dh meningal.. tpi salinan ic msih ad..

  34. askm…sy br beli kete,kete tu ade saman,blh tuka name x?warna kereta dh tuka,luar dh bt bg cantik,tpi dlm masih biasa,blh ke?sy memang x tau ape2,mtk tlg ajar ye….trm ksh….

  35. askm…tumpang tye…kete sy 2 ade saman pemilik lame,warna dh lain,lua dh di bt cantik tapi dlm biase je.ade masaalah x klu nk tuka name?sy memang x tau ape2 pasal kete,anak dh 3 thn br dpt pakai,mintak tlg ajar ye.trm ksh…..

  36. Slm saudara Hafiz,

    Saya ada kemusykilan berkenaan dengan ncd ini.- saya telah menempah kereta baru dan dijangka dapat pada hujung bulan oct nanti.- sebelum ini saya bercadang untuk trade in shj kereta lama saya dan pindahkan ncd 55% kpd kereta baru nanti. -kereta lama saya akan tamat insurans dan roadtax pada 15/9 nanti.- ada kenalan yang hendak beli kereta lama saya. – jika saya jual kpd beliau skrg sblm atau slpas 15/9..adakah saya blh pindah ncd nanti ke kereta baru nanti sdgkan saya sudah tiada kereta sehingga hujung Oct dan kereta lama telah dipindah milik kpd pembeli baru.- harap dapat memberi nasihat langkah terbaik supaya tiada kesulitan untuk pindah ncd serta urusan pindah milik kereta nanti.adakah saya perlu renew roadtax dan insuran atas nama saya dulu dan pindah milik dibuat selepas saya dpt kereta baru?atau saya blh minta pembeli baru renew road tax dan buat insurans atas nama beliau sendiri?-saya bercadang untuk tidak trade in disbbkan harga yg offer terlalu rendah.

  37. Terima kasih Hafiz. Entry ni sgt membantu. Baca dari website myeg dan jpj tak brapa jelas. Baca your entry trus crystal clear dan esoj boleh trus pegi puspakom hehe. Thanks again.

  38. assalamualaikum..saya nak tanya bolehkah saya tukar nama hak milik kenderaan yang masih ada loan bank?saya nak tukar nama adik kepada nama saya,kalau tak boleh adakah cara atau pilihan lain supaya saya dapat tukar nama adik kepda nama saya,kalau ada pilihan lain bagaimana caranya?

  39. Assalammualaikum…

    Sekiranya kereta tersebut masih ada tunggakan ansuran mcm ne? pemilik baru nk sambung bayar. perlu bt loan baru ke atau just tukar nama saja?

  40. Salam..en. hafiz, sy nak tanya bbrp soalan…sy ada kereta yg bukan d bwh nama sy..sy nak trade in keta tu dan nak amik keta 2nd hand yg lain..mcm mana yer prosedurnya….

  41. salam.. saya mohon penjelasan ..macamana saya nak buat proses pertukaran nama kereta arwah isteri saya (toyota unser) kepada saya..dan dalam pada masa yang sama saya ingin membuat proses tukar nama kereta saya (produa kelisa) kepada adik ipar saya. Saya bercadang ingin membawa ncd insuran kereta kelisa ke kereta unser…yang menjadi masalah skg roadtax insuran kereta unser dah expired..bagaimana cara saya untuk menyelesaikan masalah ini .
    terima kasih

  42. assalam,kalau sy nk tukar nama kereta pakcik ke nama saye..msti test puspakom..tp kereta tu ekzos kuat n ade retak skit kat cermin depan..agak panjang la retak tu,lebih kurang 10 inci..agak2 lepas x?

  43. seperti perkara diatas tukar hak milik kereta,saya dah baca ksluruhan ttg cara2 perlu di buat
    tapi saya nak tambah sikit nk tanya soalan..?soalan: saya sbenarnya nak beli van toyota hiace..
    masalah nya..cermin van toyota hiace tu tak de cermin kaca kiri/kanan bahgian blkang..Boleh kah saya tukar sendiri daripada asal kpd cermin kaca..?Jika boleh bagaimana proses brbuat demikian mgikut aturan JPJ dan POSPAKUM..? T.Q

  44. Saya nak tanya encik hafiz, betul ke urusan pembelian kereta secondhand yg melibatkan loan bankambil maza yang lama sampai 2 minggu berbanding urusan beli kereta baru hanya seminggu.alasan agen used car, perlu ke puspakom, bank tukar nama hakmilik, buat roadtex dan insuran sampai ambil masa yang lama.betul ke atzu sekadar alasan used car

    • bergantung kepada budi bicara pihak bank.. ade bank yg benarkan.. tp kebanyakan bank dah x benarkan.. tp kalau die benarkan awk kena buat satu surat rasmi untuk mewakilkan orang berkenaan g ambil geran kat bank..

  45. Askum…sy nak tanya, klu jual keta pd pembeli, kos insuran n roadtax baru keta atas penjual ke atau pembeli yg tanggung kos…? itu sj yg yg nak tanya…..

  46. Salam en Hafiz.
    Sy nk tanya sikit.. If jual kereta yg roadtaxnya baru sja drenewkn, adakah duit roadtax itu akan dpulangkan kpd pemilik asal ( selepas pemilik baru renew roadtax bru ikut insurans baru )? Atau jpj akan burnkan shj?

  47. Selamat malam.. saya ingin bertanya

    masalah saya ialah :-

    a) tidak boleh renew roadtax dan insurans kerana pemilik asal sudah meninggal dunia.
    b) kereta itu masih ada baki pinjaman lebih kurang 2tahun 6bulan…
    c) saya hanya ingin menyambung bayaran pinjaman kereta terbabit tanpa membuat pinjaman kereta yang baharu.

  48. Hi,
    saya baru beli sebuah kereta baru dan jual kereta lama saya. saya ingin nak cancel insuran kereta saya dan pidah NCD ke kereta baru saya. NCD kereta lama saya ada sebanyak 55% dan Current Policy Period of Cover adalah 25/10/2013 – 24/10/2014, massih ada sebulan lebih, tetapi menurut ejen insuran kereta lama saya, insuran saya tidak boleh dibatalkan dan hanya dibenarkan pindah NCD sahaja serta perlu menjelaskan jumlah insuran menampung perngeluaran NCD 55% tersebut sehingga tempoh tamat insurans asal.
    adakah ini betul atau tidak? sekiranya betul, berapakah saya perlu dibayar?

  49. Salam Encik Hafiz. Saya Ridhwan. Saya nak tanya saya tersilap renew insurans atas nama owner lama, sepatut nya saya renew atas nama saya so senang nk tukar nama. jd sekarang ni saya roadtax sume geran sume ada kt saya . tpi geran atas nama lama sbb hajatnya bila mati roadtax baru nk tukar nama. so mcm mana sekarang encik HAFIZ. saya baru je renew roadtax and insurans minggu ni…. takkan nak kena bayar insurans baru and cancel insurans lama????? tolong saya

  50. Tq en.Hafiz ats perkongsian sgt membantu cuma nak tahu kalau ada saman..kena settle lumpsum ke sebelom process tukar nama? sbb saman masih under owner lama kan..

  51. assalam tuan..nak tya, kalau nak tukar nama ke owner baru, insuran tu memang kena buat atas nama owner baru? boleh tak pindahmilik insuran sedia ada ke owner baru terus?

  52. salam…

    cmne lak kalu nk tkar kete yg blum abis byr hutang bank? ada lg 3 thn…tp cma nk tkar name kpd name adk je..
    kete tu sy yg pkai…just tkar nme je…

  53. As-Salam,

    Saya nak bertanya berkenaan situasi saya sekarang…saya telah membeli kereta atas nama saya tetapi semua modal beli ditanggung dan diguna sepenuhnya oleh pembeli kedua. Pembeli kedua berjanji akan membuat penukaran pinjaman kereta bersama geran kereta setelah loan di bank lulus. Malangnya kereta yg atas nama saya tu masih digunakan oleh pembeli kedua tanpa sebarang pertukaran masa sehingga hampir 3 tahun. pelbagai saman & kompaun termasuk outstanding 3 bulan dari bank serta notis penarikan kenderaan tersebut. Saya begitu susah utk berhubung dengan pembeli kedua ini sehingga melibatkan masalah keluarga…Setelah semua saman & kompaun tertunggak, outstanding dibayar oleh pihak pembeli kedua, saya berhajat untuk mengambil kembali kereta tersebut kerana kegagalan urusan pertukaran kereta sehingga hampir 3 tahun. Pembeli kedua turut menuntut utk sy kembalikan deposit yang pernah dia keluarkan dahulu…mohon pencerahan…

  54. I relish, cause I discovered just what I used to be taking a look for. You’ve ended my 4 day lengthy hunt! God Bless you man. Have a great day. Bye

  55. Kalau kete da hbis byar nk tukar name same mcm kt ats ke?kos dlam rm130..bru lepas renew roadtax …utk tuko pename insurance pon still kene byar jugak ke?

  56. Salam Hafiz,

    Terima kasih..info yg amat berguna.maybe soalan ni tak de kaitan cuma sekadar bertanya..saya da buat tukar enjin utk kereta owner lama..dan skrg saya nak endorse ke geran asal utk daftar owner baru.

    Soalannya, proses di atas masih diguna pakai atau ada proses yg lain terutama inspection di puspakom nnt?

    Terima kasih .

  57. Salam en hafiz

    Kalau cermin depan saya ade retak ade masalah tak pemeriksaan puspakom?
    Nak tukar hak milik kereta

  58. Hey! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good gains. If you know of any please share. Many thanks!

  59. kalau kereta tinted still boleh npak luar dan dalam. Adakah masih perlu buka tinted sebelum g puspakom. puspakom wangsa maju ok x?? dengar sana proses cm keret sikit. Dan berapa RM & dekat mana nak buka.

  60. Assalamualaikum en hafiz.
    nak tanya,
    jika proses nak tukar nama dari pemilik yang telah meninggal dunia kepada isteri, proses yang sama juga ke?

    -kereta masih belum habis bayar lagi kerana tiada kemampuan selesaikan hutang kereta secara lump sum
    -surat kuasa mentadbir kereta telah ada

    kalau ada proses lain mohon kongsikan 🙂

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *