Alkisahnya kelmarin aku dan isteri pergi ke IKEA untuk refund barang yang dibeli pada Ahad 2 minggu lepas iaitu cermin dinding.
Pada awalnya masa nak beli tempoh hari, kitorang ingatkan harga murah (RM59) yang dipamerkan adalah harga sebenar barang tersebut. Tapi rupa-rupanya kitorang silap.
Setelah selesai membuat pembayaran dan kitorang sebenarnya dah pun sampai di rumah waktu itu, baru perasan akan caj sebenar yang dikenakan iaitu RM99. * Harga RM59 adalah harga yang ditawarkan kepada sesiapa yang telah berdaftar sebagai ahli sahaja.
Kalau ikutkan hati, rasa memang nak pergi refund pada hari yang sama je. Tetapi oleh kerana kitorang sendiri sedar akan kesilapan itu dah lewat petang, so nak berulang-alik ke IKEA semula memang dah rasa malas yang amat. Lebih-lebih lagi keesokannya pula dah hari kerja. Jadi, terpaksa tukar plan kepada Ahad kelmarin.
Proses refund barang IKEA
Untuk refund barangan yang tersalah beli di IKEA mudah saja. Jika mengikut pengalaman yang telah aku dan isteri lalui, korang hanya perlu menghadirkan diri ke IKEA bersama resit dan barang yang hendak dipulangkan.
Pergi ke bahagian Customer Service di level G dimana korang perlu mengambil nombor, kemudian tunggu sebentar sebelum korang dipanggil untuk berurusan di kaunter.
Sampainya di kaunter, korang perlu explain serba sedikit tentang situasi yang mana memerlukan korang refund barangan yang telah dibeli dan kemudiannya pegawai bertugas akan membuat semakan terhadap resit dan barang tersebut.
Selesai semua proses, refund akan dipulangkan kepada pembeli sama ada dalam bentuk tunai ataupun dimasukkan kembali kedalam kredit kad dalam tempoh 1-2 minggu ( Bergantung kepada prosedur bank yang mengeluarkan kredit kad).

Siap!
Tak susah sebenarnya kalau nak refund barang di IKEA, semudah ABC. Rujuk polisi pemulangan barang 100 hari dibawah:
Tips untuk suami:
Kalau nampak isteri shopping terlebih-lebih. Biarkan aje. Nampak mana yang tak berkenan, balik rumah nanti suami boleh pergi refund balik kat IKEA masa isteri tengah tidur. Okay tak tips ni? Hahaha.
Hahaha. Terbaik lah tips tu. Boleh cakap dekat isteri barang rosak. Kena refund balik.
Hazmin Hamudin recently posted..Coliseum Cafe & Grill Room Mid Valley
hahaha..bijak..bijak..
tp serius baru tau IKEA ade policy refund barang macam ni..
Mummy Dina recently posted..Hilangkan Senggugut Tanpa Ponstan
haha..
refund masa bini takde kat rumah.
ohcikgu recently posted..Permainan budak sekolah zaman 90-an suka buat dulu, TETAPI masih dimainkan sehingga hari ini.
Menarik ni. Sekadar nak lepas nafsu membeli belah
Dah balik rumah bila kira bajet lari..
Apa lagi.. Refund kat IKEA.
🙂 Mesra poket suami.
Mazni Azmi recently posted..Koleksi Tudung Inspirasihana Butik Kuala Lumpur
baru tau boleh refund rupanya..
Aimi Shaklee recently posted..Kebaikan GLA Shaklee Untuk Membantu Kesuburan
kena bawak tak barang masa nak refund?
Dah tentula kena bawak. Kalau x bawak macam mana nak tunjuk bukti.
Yg bawah sekali tips paling best.hahaah
umminani recently posted..Suka Selfie? Jom join #GooseySelfie Contest Anjuran MyTown Shopping Centre