Dah lama tak pekena burger bakar. Pertama kali makan dulu, ketika menjamu selera di food court Ramal Junction. Disitu ada sebuah kedai Burger Bakar Abang Burn.
Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku sempat bertandang ke restoran Burger Bakar Abang Burn di Seksyen 7 Shah Alam. Diajak datang oleh rakan blogger Shakiddo dek kerana terdengar khabar angin bahawa ada promosi burger bakar pada harga 50 sen.
Huh? Burger Bakar 50 sen? Macam tipu je..
Haa.. Pada mulanya aku pun fikirkan ini sekadar helah semata-mata untuk Shakiddo memaksa aku untuk turun ke Shah Alam, tapi apabila terbaca sendiri pengumuman yang disiarkan di laman rasmi facebook Burger Bakar Abang Burn, rupa-rupanya ia adalah berita sahih.
Untuk makluman, promosi burger bakar 50 sen ini diadakan hanya dari jam 10.00 malam -12.00 tengah malam (pada hari kejadian je, dah habis dah promosi ni) dan dianggarkan lebih kurang 1000 pelanggan yang telah datang membeli.
Promosi terbaru
Selain promosi burger bakar 50 sen yang mendapat sambutan luar biasa pada malam itu, terdapat satu lagi kempen promosi yang sedang dijalankan oleh Burger Bakar Abang Burn Seksyen 7 Shah Alam. Dimana, burger bakar yang dijual di cawangan ini diturunkan harga kepada RM5 dan akan dijual kepada mana-mana pelanggan yang datang membeli dari jam 6.00 petang – 8.00 malam dan 10.30 malam – 12.30 malam setiap hari.
Tambah menarik untuk kempen ini juga, semua add-on topping untuk burger bakar, boleh ditambah hanya dengan bayaran tambahan RM5 sahaja (harga asal RM7.50).
Wah… Murah! Memang berbaloi burger yang besar bagak ini dengan harga RM10 saja. Mantap.
Petisyen kurangkan harga burger bakar
Kini pihak pengurusan Burger Bakar Abang Burn sedang menjalankan satu petisyen bagi mengetahui sambutan orang ramai tentang kempen pengurangan harga burger bakar ini.
Kami dimaklumkan sekiranya lebih ramai pelanggan yang menyertai petisyen ini, berkemungkinan besar didalam masa yang terdekat akan ada pengurangan harga burger bakar cawangan-cawangan yang lain pula.
Jadi, bagi peminat-peminat burger bakar diluar sana, sekiranya anda rasakan Burger Bakar Abang Burn patut dimurahkan terlebih dahulu.. Sila-sila lah beri sokongan anda.
Isi petisyen ini cepat-cepat dan seelok-eloknya ajak rakan-rakan sekali untuk turut meramaikan. Ingat! Lebih tinggi permintaan, maka lebih cepatlah kempen penurunan harga akan dijalankan ditempat anda. Yeah!
Info tambahan:
- Laman FB: Facebook Burger Bakar Abang Burn
- Website: www.abangburn.com
huishhhhh…. terliur pulak aku baca petang-petang ni.. rasa nak order je kan.. lelehhhh!!!!
eh bukan sehari je ke dia buat harga 50 sen tu
Macam sedap,tapi kat sini tiada orang jual.
Perghhhh…bapak murahnya..kalau dekat leh try ni..
Rasanya … inilah harga promosi paling gempak yang pernah dibuat oleh mana-mana jenama burger bakar kat malaysia ni
Burger pun ada petisyen turunkan harga, Terbaik la!
okeh.
memang lapar tengok beger tu weh.
Pergh kan best kalau buat promosi macam ni dekat Ramal Junction.
Lezat tu kayaknya 🙂