in ,

Formula Zero Kos Marketing Untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)


Rasanya nama RichWorks International ni dah tak perlu diperkenalkan lagi kerana rata-rata ramai yang dah sedia maklum bahawa mereka adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Ye lah, sebut saja RichWorks mesti orang akan ingat Datuk Wira Dr Azizan Osman, seorang World Class Business Educator dan merupakan seorang Business, Marketing & Leadership Coach yang terkenal dan nombor 1 di Asia.

Untuk menyokong kenyataan diatas, dalam tahun 2020 sahaja sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion. Dan yang menariknya nilai jualan tersebut dapat dicapai ketika dunia sedang bergelut dengan krisis ekonomi akibat daripada pandemik Covid-19.

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire (iaitu usahawan PKS yang terdiri daripada mereka yang mengikuti Program Mentoring Spire) mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5% pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019, manakala bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9% iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019.

Kenaikan ini secara langsung menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan yang disediakan oleh RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes mereka terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.

Apatah lagi, setakat hari ini saja difahamkan seramai 207 usahawan yang menyertai Mentoring Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka setelah diberi bimbingan selama 12 bulan, manakala bagi Program Mentoring Titanium pula bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman selama 12 bulan malah turut juga dibantu mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.

Sehubungan itu bagi membantu lebih ramai usahawan atau bakal usahawan untuk step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka, kini untuk pembuka tahun 2021 RichWorks akan menganjurkan pula ​Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 – Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari.

Inisiatif ini diwujudkan untuk membantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik COVID-19 sepanjang ​Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini.

Selama 12 tahun RichWorks beroperasi dalam melatih dan membimbing PKS daripada Zero to Million!, mereka percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan ​step-up ​dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda.

Untuk makluman sejak daripada pandemik COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma.

Kini peluang terakhir sebelum tahun 2021, RichWorks berhajat untuk menaja 3,000 pendaftaran terawal 100% secara PERCUMA!

Jadi bagi anda yang mempunyai persoalan-persoalan sebegini yang bermain di fikiran;

  • Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?
  • Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
  • Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
  • Dah capai RM 1 juta yang pertama?

Anda perlu cepat-cepat layari website ​www.zerokosmarketing.com untuk maklumat lanjut mengenai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 – Formula Zero Kos Marketing dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain.

PROGRAM ​KUASAI MARKETING 2021 – FORMULA ZERO KOS MARKETING

  • Tarikh: 25 – 27 Disember 2020 (Jumaat – Ahad)
  • Masa: 9:00 pagi – 6:00 petang
  • tempat: Aplikasi Zoom Webinar

Perlu diingatkan, ilmu pemasaran berubah hari demi hari, pasaran juga berubah, dan di RichWorks, mereka sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters.

Facebook Page: www.facebook.com/azizanosmanofficial
Instagram: www.instagram.com/azizanosman_official
Twitter: www.twitter.com/azizanofficial
TikTok: www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_
Youtube: www.youtube.com/c/AzizanOsman/channels


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Illya LeYa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *