in ,

Program Sewa Kereta Elektrik COMOS


Ahaa.. siapa nak sewa kereta elektrik? 100% elektrik, bukan hybrid punya. Kalau ada yang berminat, mungkin boleh usha program ni, Electric Vehicle (EV) Car Sharing Program.

Actually, program ini baru je dilancarkan pagi tadi oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur di Menara UOA II, Bangsar.

Program ini yang menawarkan sewaan kereta elektrik dengan kadar bayaran yang mampu bayar, memfokuskan kepada pengguna-pengguna disekitar Lembah Klang (buat masa ini).

Renault Zoe_EV Car
Terdapat 2 jenis kereta elektrik yang ditawarkan iaitu Renault Twizy dan Renault Zoe.

Renault Twizy, sebuah kereta elektrik ultra kompak dan sesuai bagi warga kota yang tercari-cari alternatif kenderaan kedua. Max speed 80 km/j dengan 2 pilihan, single seat dan double seat.

Renault Twizy - Kereta Elektrik

Renault Twizy_EV Car

Renault Twizy_bonet

 

Manakala, Renault Zoe adalah sebuah kereta elektrik yang sesuai bagi mereka yang berkeluarga. Max speed 135 km/j dengan 4 tempat duduk.

COMOS EV Car

Penawaran sewa melalui Electric Vehicle (EV) Car Sharing Program ini, memerlukan sesiapa yang berminat untuk melakukan pendaftaran keahlian bersama COMOS (CMS Consortium Ecotour Sdn. Bhd.). Untuk pengetahuan, pendaftaran membership ini kebiasaannya berharga RM300 setahun.

Tetapi disebabkan program ini baru sahaja dilancarkan, COMOS berbaik hati menawarkan promo diskaun dengan bayaran RM50 setahun, hanya kepada sesiapa yang mendaftarkan diri dalam tempoh 3 bulan yang pertama ini sahaja.

Dari segi kadar sewaan pula, caj yang akan dikenakan adalah RM6 bagi setiap 15 minit (harga promo, harga biasa Rm8 bagi setiap 15 minit) dan sekiranya sewaan adalah melebihi 6 jam, kadar maksima yang dikenakan adalah berdasarkan kiraan 6 jam sahaja (sebagai contoh, sewa 10 jam tapi perlu bayar untuk harga 6 jam sahaja), dimana kereta tersebut juga perlu dipulangkan sebelum jam 10 malam.

COMOS EV Car charging

* Caj yang dikenakan termasuklah caj elektrik yang digunakan, penghantaran kereta ke tempat-tempat yang dijanjikan semasa tempahan dibuat serta tempat parkir kereta premium di beberapa tempat terkenal di sekitar Kuala Lumpur.

EV Station
EV Station

Okay lah tu kan? Bagi aku, dah murah dah jika nak dibandingkan dengan kadar sewa kereta biasa (sebagai contoh Proton Persona), RM200+ sehari. Itu belum lagi dicampurkan duit nak kena isi minyak.

Renault Zoe-Kereta elektrik
Kereta elektrik, tak perlu isi minyak!

So, what say you? Menarik tak program ni?

Semasa pelancaran tadi, aku difahamkan bahawa terdapat 10 buah stesen pengecas telah siap dibina. 9 di sekitar Kuala Lumpur dan 1 lagi terletak di Petronas Solaris Serdang. Di masa akan datang, ia akan dikembangkan lagi ke tempat-tempat lain pula seperti Langkawi, Melaka, Johor dan Pulau Pinang.

Kereta Elektrik PETRONAS
COMOS Official Partner – PETRONAS
Kereta Elektrik Rapid KL
COMOS Official Partner – Rapid KL
Kereta elektrik UTM
COMOS Official Partner – UTM

Renault Zoe Hijau

By the way, sebelum aku lupa.. EV Car ini merupakan kereta elektrik yang pertama di Asia Tenggara. Thailand belum ada, Indonesia pun belum ada, malah Singapore pun belum ada car sharing program semacam ini. Bangga tak? Hehehe.

Nota: Kalau berminat, pendaftaran keahlian boleh dibuat melalui laman web rasmi mereka di www.comos.com.my dan selepas pendaftaran dibuat, anda akan menerima kad keahlian (bercip) yang akan digunakan setiap kali anda menyewa EV Car.

Untuk melihat contoh bagaimana hendak membuat tempahan, menggunakan ataupun charge semula EV Car, boleh lihat video dibawah:


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

15 Comments

Leave a Reply
  1. Percubaan yang berani, mana tahu dapat sambutan. Kos petrol semakin tinggi, mungkin ini jalan penyelesaian terbaik untuk berjimat..

  2. Serba modern sekarang zaman nya. Bagus sekali juga pemikiran untuk buat kendaraan tipe elektrik. Pintar kau Gan ^_^

  3. Recently nampak renault zoe..tertarik sangat dengan colour dia.. biru muda yang sangat soft… nampak dia tulis electric car. Adanya cerita tentangnya di sini sangat mengujakan.

    Thanks Hafiz for sharing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *