Perintah Kawalan Pergerakan dah masuk fasa kedua. Disebabkan arahan ni nampaknya berlanjutan, terpaksa cari printer sebiji untuk kegunaan di rumah. Anak-anak ada kerja-kerja sekolah untuk dibuat, jadi nak pergi ke cybercafe memang kirim salam je la.
Actually kalau ikutkan budget nak beli printer ni, memang tak tinggi pun. Tapi dalam fikiran dah set dalam kepala, nak cari printer yang all in one. Maksudnya boleh buat semua kerja sekaligus iaitu print, scan dan copy.
Mujurlah bila buka aplikasi Shopee, berkenan dengan satu model ni iaitu Canon Pixma E470.
Dari bacaan secara online, printer ni antara yang murah dan bagus, sebab disamping berfungsi sebagai printer all in one.. ia juga dapat print atau scan terus secara wireless daripada handphone. Yes! Fungsi ini yang paling aku cari.
Sebabnya.. malas weh nak buka laptop bagai. Anak-anak dah ada pembelajaran secara online melalui Google Classroom, dapat je assignment klik view terus je print dah handphone. Tak ke mudah namanya tu. Hehehe.
By the way untuk printer Canon Pixma E470 ni, walaupun semua fungsi yang aku nak tu ada. Yang kurang umph sikit tang ink dia tu je la. Jenis bukan yang ada jual refill tank botol besar kat tepi printer tu. Kalau nak refill, kena modify sikit cartridge untuk suntik ink yang diperlukan. Leceh.
Tapi.. tapi.. itu tidak lah bermaksud aku tak suka bab tu. Kekurangan ini walau bagaimanapun dapat diatasi dengan pembelian ink ori terus. Dan harga ink tu pulak kalau ada yang dijual secara online, tak adalah mahal mana pun. Untuk ink color dapat dalam RM60 lebih, manakala untuk ink hitam dapat bawah RM30. Bagi aku okay sangat dah tu.
So, pendek kata buat masa sekarang.. aku puas hati je dengan printer Canon Pixma E470 ni. Benda lain-lain yang kalau korang nak tahu, aku setup printer kat Macbook aku ni mudah je. Tak ada cucuk apa-apa kabel pun. Fully wireless. Cumanya untuk setup ni memerlukan sambungan wifi internet, kerana ia diperlukan bagi memuat turun driver dan software ke Macbook aku.
Setup kat handphone pula straight forward. Lepas je printer dah berfungsi dengan elok, dah try print guna laptop. Cuma memerlukan korang untuk memuat turun aplikasi ‘PRINT’ sahaja.
Sekiranya nak buat sedikit suntingan sebelum print, ada satu lagi aplikasi yang perlu dimuat turun ke dalam handphone iaitu Easy-PhotoPrint Editor. Kedua-dua aplikasi ni boleh dapat free je. Untuk rujukan, ini aku share link Shopee aku beli printer E470.
Maaf nak tanya, masa setting utk wireless tu… Password kita masukan no yg mana? Terima kasih
Eh.. Tak ada pulak dia mintak password masa saya setup.
Sy setting pun dia mintak password..sy blurr..x boleh seting sampai skrg.printer dah sampai dekat seminggu dah
No password ialah serial.no (sticker) dia ada di belakang printer tu
Saya boleh guna dah, saya download app canon print di HP lebih mudah. X perlu password 😅
salam hafiz,
nak tanya skit pasal printer e470 ni..saya baru je beli dalam 4 hari lepas…nak tau macamana nak refill ink dia…..ikut instruction kena refill refill box yang disediakan….
Wsalam. Kena tukar cartridge. Kalau berani boleh inject ink dekat cartridge lama yang dah habis. Tapi risiko la. Baik beli yang baru je. Tak mahal mana pun ink cartridge baru.
ok thx
Assalammualikum nk tnye mcm mne nk guna black n white sahaja.. Xnk guna ink colour.. Blh bgthu x.. Terima kasih
masa nak print ada option monochrome. pilih tu untuk print black and white
Saya baru beli printer jenis ni…. Tp yg peliknya bila tekan button wireless tu tak menyala…knp Ye? Ada sapa2 yg boleh bantu
Salam, sy pun same.masalahnye, bile on printer.x dpt connect wifi hotspot hp ke printer ni pn..mcm mn ye? x dpt nk guna pn. puas dh tekan..ke kena pkai router ke unifi ke, tlg please…no tel sy 0199776473 niza
Hi,nak ty ya..bila saya nak copy,dia akan minta password..apa password nya ya
Password dia ada kat blkg printer tu
Salam…cara nak scan macam mana…bole ke secara wireless?
boleh sy tahu kenapa button segitiga tu menyala? tp lmpu network x mnyala?
Hai.bagaimana nak scan,dan hasil scan tu dlm softcopy n masuk dlm PC? Slalu sy scan, mcm fotokopi pula.keluar paper..sy nak scan dia transfer jd softcopy.thx.0128757309
Boleh tak print borderless atau perlu setup
Setakat yang dah guna ni, tak boleh print borderless.
Kenapa lampu network dan inject tak menyala
Nak tanya.. klu salah satu ink menyala..dan kita tukar ink yg menyala tu.. knp bila lrint dia xjadi? Tpi bila tukar dua² ink tu..ok pulak dia print. Ada mana2 setting yg nk kena ubah ke?
Salam. Nak tanya berapa harganya
Knp bila print or copy yg keluar xfull page saiz A4?..ada missing print area kt belah bwh paper..mmg mcm tu ke?
Assalamualaikum.sy nk tny,sy baru je bli printer ni.knp ya bila print tulisan xberapa nk hitam elok.jadi mcm kelabu ja.copy pon sama.jd mcm ink nak habis ja.padahal baru beli kot…mcmna ya nak buat.
printer ni bolih scan ducument x..
boleh
Nak tanya..macammana nak scan
Asalammulaikum.. nk tnye klau print color kluar wrna hijau dgn kuning knpe ya .. saya dh tambah color tpi tetap sama.
Cuba buat color calibration balik
Hai nk tanya..kenapa printer saya nk print direct dgn phone xboleh..copy ok la..
haii nk tanya mcm mana nk install apps die printer nie kt laptop yerr
saya nak scan tak boleh.Bagaimana cara?