Semalam bawa wife pergi checkup lagi, untuk kali kedua pulak.
Klinik yang sama iaitu Klinik Najwa. Sebabnya, mudah.. selesa.
Aku boleh pergi bila-bila masa, terutamanya.. malam.
Rutin checkup untuk kandungan 5 bulan, cuma pemeriksaan biasa-biasa je. Ambil reading tekanan darah, ujian air kencing kemudian follow up berdasarkan rekod yang lepas. Takde ambil darah lagi dah.
Sambil-sambil tu, doktor buat scan 2D lagi sekali untuk pemeriksaan jantina. Kalau bernasib baik baby nak tunjuk, masa ni dah boleh nampak.
Tapi, malangnya.. semalam, baby malu. Dia kepit kaki rapat-rapat. Menyebabkan doktor tak dapat nak tengok sama ada jantina baby dalam perut, lelaki ataupun perempuan.
Jadi, tengok nasib bulan depan pula. Harap-harap dia dah kurang. Macam Khair dulu, pertama kali scan terus nampak. Tanpa segan silu tunjuk bebird dia. Hahaha.
Baby.. saja nak buat suprise kot.
p.s: Untuk pregnancy checkup 6 bulan nanti pulak, kena buat detail scan. Masa ni pemeriksaan rapi akan dijalankan untuk memeriksa semua anggota badan dan organ dalaman baby dalam keadaan baik. So, masa ni.. peratus nak nampak jantina, memang tinggi. Untuk kesihatan isteri dan baby, mohon jasa baik rakan-rakan doakan yang baik-baik untuk mereka ya. Aminn.
semoga dipermudahkan segalanya..
Interesting website.
Salam perkenalan. Maaf jika saya bertanya. Adakah anda fulltime penulis blog? Mungkin banyak yang saya boleh belajar dari saudara.
Ruqayya has posted on….. Beli pun dapat pahala. Macamana tu?
Wsalam, saya fulltime penulis blog. Selain kerja hakiki, blog juga pekerjaan sampingan saya.
Semoga dipermudahkan sehingga akhir kehamilan
congrat . . semoga hadiah terbesar dari tuhan tersebut lahir dengan sehat dan cute ya