Pra Sekolah Hari Kedua, Tak Nangis Dah

Masuk hari kedua. Dah kurang dah drama nya.

Cuma sikit je babak air mata berlinangan pagi tadi. Menangis ngada-ngada tanda protes kena bangun awal.

Tapi, menangis pun.. sekejap je, tak macam semalam.

Bila masuk dalam sekolah, teacher WhatsApp.. dah okay katanya. Hehehe

Subuh, sebelum pergi sekolah.. Bangun tidur, nak kena pujuk elok-elok. Pujuk bagitahu daddy janji nak belanja aiskrim. Daripada menggeliat, terus bingkas bangun. Hahaha.

Well.. Orang tak biasa bangun awal. Kena mandi air sejuk pulak tu. Memang liat lah jawabnua. Air sejuk kena badan sikit pun dikatanya sakit, drama betul. Haihh.

Di sekolah, aktiviti orientasi masih lagi diteruskan. Teacher kata, seminggu yang pertama ni akan ada banyak aktiviti main-main. Jadi, mungkin disebabkan tu hari ni Khair dah boleh nampak makin selesa.

Khair at Pre School

Pra Sekolah hari kedua

Hinggakan teacher nak snap gambar pun dia dah boleh buat “peace“. Cuma.. senyum tu masih ada sedikit kelat. Tak senyum betul-betul. Masuk hari ketiga dan seterusnya, insha-Allah lah kot tak ada apa-apa. Hee.

Khair_Pra Sekolah Hari Kedua

Then.. balik sekolah tadi, seperti yang dijanjikan.. kena upah beli aiskrim. Orang dah behave, kena lah tunaikan janji. Kalau tak tunai, selagi tu dia akan sebut. Silap-silap boleh stress oo.

Kesimpulannya, untuk pra sekolah hari kedua.. misi berjaya! Ibu pergi ambil balik sekolah tadi pun dah tak nangis dah. Well done, son. Good boy. Hehehe.

Khair balik sekolah

p.s: Daddy dan ibu terlalu risau, hinggakan teacher pun dah faham.. di-update-nya melalui Whatsapp gambar aktiviti Khair hampir tiap-tiap jam. Hahaha.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *