Selama menetap di Bandar Baru Bangi lebih 10 tahun, jujur aku cakap.. kalau ada orang tanya aku port melepak mana yang best? Serius aku akan ternganga tak dapat jawab.
Lebih-lebih lagi kalau orang yang bertanya tu nak tahu, port mana yang ada wifi percuma dan ada plug point yang banyak.
Bandar Baru Bangi, memang aku tak nafikan ada banyak restoran/cafe yang best-best. Tapi, kalau nak cari port lepak yang selesa untuk buat kerja, memang agak terhad. Kalau ada pun, mungkin wifi yang disediakan tak stabil, tutup awal, ramai orang, takpun harga makanan yang dijual.. mahal.
Jadi, disebabkan aku memang tak tahu kat mana port melepak yang best, minggu lepas aku minta bantuan rakan-rakan di group Facebook Bandar Baru Bangi. Dan ini jawapan yang aku terima.
Port melepak yang ada wifi percuma + banyak plug point (selain McDonald’s) :
- Daidomon Japanese Restaurant, Bangi Gateway
- Arrival D Louge & Cafe, Seksyen 9 (depan Bangi Kopitiam, dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 pagi)
- Restoran mamak 23 (depan terminal bas hentian Kajang)
- Restoran mamak Seksyen 9, RBS Bistro (dibuka 24 jam, berdekatan dengan Maybank)
- Bangi kopitiam
Nota: Setakat yang aku pernah cuba dalam 2-3 hari ni, RBS Bistro. Not bad lah lepak sana. Wifi dapat 4Mbps, nak park kereta pun senang. Tak payah berebut-rebut.
p.s: Kalau ada diantara korang yang tahu port lepak mana lagi yang best, mohon tinggalkan komen ye. Nanti aku update dalam senarai. TQ
alaaa xde gambar ke apis…
Gambar terlupa nak ambik. Hehehe
Blog Walking dari Indonesia 🙂
kat kelisa sana ada the street food stalls..