in

Popia Cheese Sedap Hingga Menjilat Jari


Kalau dah jadi feveret dia, memang tiap-tiap hari dia akan mintak.. itu perangai Khair.

Dulu, Kinder Joy. Kemudian bertukar kepada mainan dalam telur plastik yang seringgit tu, buku-buku mewarna, pensil warna, plastisin, bubur McDonald.

Dan, sekarang?

Popia Cheese.

Popia Cheese Sedap

Adeh.. Hari demi hari dia mula dah menampakkan ciri-ciri menyukai snek ringan ni. Bilamana ternampak je depan mata, terus nak ambik makan.

Sebabnya.. Ada rasa CHEESE tu la, disaluti serbuk-serbuk cheese. Lemak-lemak manis masin. Sedap katanya.

Khair Makan Popia Cheese Sedap

Hohoho.. Nasib baiklah tak susah nak cari. Homemade by kakak aku, buat berniaga secara kecil-kecilan.

Tapi..

Nak kena juga simpan stok 1-2 balang. In case si budak pandai tiba-tiba mintak nak makan tengah malam, tak adalah daddy menggagau nak kena cari kalau stok habis. Heee.

Better play safe lah kan. Dah beberapa kali dah terkena dengan Khair.

Khair dan Popia Cheese Sedap

By the way, kalau korang teringin nak rasa Popia Cheese ni.. boleh contact kakak aku, Niza di nombor telefon 012-3851180. Harga murah-murah je, RM20 sebalang. Sebalang tu pulak ada 500 gram.

Penghantaran? Sila tanya kakak aku sendiri, itu aku tak pasti. Hehehe.

p.s: Makan sambil tengok TV sedap, nak beli untuk stok kuih raya pun sesuai gak.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Hmmm…. Yummy sedapnya tengok Khair makan Popia Cheese…. Untunglah Khair, ada makcik pandai buat Popia Chesse… Boleh ada berbalang-balang dekat rumah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *