Placeit.net – Menyediakan Koleksi Mockup Secara Percuma

Penceritaan didalam sesuatu artikel memerlukan gambar bagi menaikkan mood pembaca. Tetapi kadang-kala kita tidak mempunyai sumber gambar yang bersesuaian untuk dipadankan bersama artikel yang hendak dikongsikan.

Pernah dulu aku berkongsi info tentang sebuah laman web yang memberikan akses kepada orang ramai untuk membuat gambar mockup secara percuma iaitu, MagicMockups.

Namun hari ini pula, sekali lagi aku ingin berkongsi info dengan korang akan sebuah lagi laman web yang juga memberikan akses percuma pembuatan mockup, tetapi dengan koleksi templat mockup yang lebih banyak.

Memperkenalkan Placeit.net. Menariknya tentang laman web Placeit.net ini, ia tidak hanya terhad kepada mockup gadget. Sebaliknya ia juga menawarkan templat-templat mockup percuma untuk kategori pakaian, bisnes kad, buku dan bermacam-macam lagi.

Setiap mockup hadir dalam 3 jenis kualiti yang berbeza, small, high dan super high. Sekiranya korang seperti aku yang selalu ingin menggunakan mockup-mockup ini secara percuma, korang boleh memuat turun fail mockup yang telah siap dalam kualiti small (iaitu bersaiz 400×300).

Awek mat saleh pun baca blog Hafiz Rahim

Tidak mempunyai had maksima untuk memuat turun gambar mockup bersaiz small, akan tetapi sekiranya korang inginkan saiz mockup yang lebih besar, sedikit yuran langganan perlu dibayar ataupun korang boleh juga memilih one-time purchases (bersamaan dengan $8 bagi setiap mockup bersaiz high, dan $28 bagi setiap mockup bersaiz super high).

Bagi aku, fee yang dikenakan agak murah kerana dengan fungsinya yang memudahkan kerja kita daripada menghabiskan banyak masa membuat mockup melalui Adobe Photoshop, ia juga memberikan pilihan mockup cantik yang pelbagai. Tak perlu lagi pening-pening nak fikirkan idea dan konsep mockup.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bila Cuti Bersalin Isteri Dah Tamat

Haziq Jam 1.00 Pagi