Hari tu bajet lepas-lepas ni nak maintain makan pisang cheese yang biasa-biasa je. Konon tak nak terjebak dengan perisa-perisa pisang cheese yang lain.
Tapi, nak dijadikan cerita.. Semalam wife teringin nak makan pisang cheese coco caramel pulak. Harga RM8, extra RM1 je daripada yang biasa.
Specialnya.. Ada taburan serbuk koko (macam milo) yang agak banyak dibahagian atas cheese, kemudian ditambah dengan sos caramel.
Wife beli satu dan aku cuba rasa. Pada mulanya tak adalah sampai nak bayangkan pisang cheese coco caramel ni sedap sangat.
Tapi.. sejurus selepas pisang cheese coco caramel ni masuk ke dalam mulut.. Peh, aku dah tahu aku tersilap.
Serius.. Pisang cheese coco caramel memang sedap gilos. Rasa manis pisang, serbuk koko, sos caramel.. tambah pulak dengan rasa masin lemak cheese.. Yummy!! Memang tangkap leleh habis. Rasa menyesal pulak tak rasa awal-awal. Hahaha.
p/s: Makan panas-panas, memang terbaik.
memang meleleh ni bro..musim hujan kena goreng pisang cheese panas2..hu3
Mak aihhh, tengok gambo aje pun dah terliur…kna pi cari gak ni..haihh
Dah pernah rasa pisang cheese memang meleleh kalau makan, sekali makan komfom nak lagi sampai kenyang.
Faktor cuaca yang sejuk dua tiga menjak nie memang membuka selera makan je kan…. ahhahahaha
dulu biasa-biasa je pisang cheese ni…sekarang ni da ada macam2 perisa pula…tempat aku pun ada pisang cheese lain dari yang lain…hee
lokasi plessss…macam sodap je dengan coco ni
Tengok ayat macam sedap aje.. Tapi aku tak boleh pergi kalau makan banyak-banyak cepat nak muak…sebab coklat dengan minyak..Kalau karamel tanpa coklat aku boleh..:-)
sedapnye nih…