Ping Busuk Filter Artikel Lucah

Ping Busuk, laman ping aggregator hasil anak Malaysia. Bagi blogger-blogger baru khususnya, Ping Busuk merupakan punca utama trafik ke blog mereka. Tak kisah la apa saja entry yang diletakkan, mesti ramai yang datang menyinggah. Tapi sejak akhir-akhir ni, ada benda yang kurang enak berlaku. Entry-entry berunsur lucah makin hari makin banyak. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Disebabkan hal ni terjadi dan atas permintaan ramai, pihak Busuk telah melancarkan sistem baru yang berupaya menapis keyword-keyword yang berunsur lucah. Sekiranya entry yang dihantar ke Ping Busuk mengandungi keyword-keyword tersebut, entry itu akan dikuarantinkan dan akan menjalani pemeriksaan oleh pihak Busuk. Satu jalan penyelesaian yang bijak. Tahniah kepada pihak Busuk.

Mungkin selepas penggunaan sistem baru ini, blogger-blogger baru yang desperate menggunakan entry-entry lucah untuk menarik trafik ke blog mereka akan berkurang (harap-harap tak ada terus)Β dan sama-samalah kita jadi blogger yang beretika. Tak ada gunanya dapat trafik yang tinggi dan pendapatan yang banyak, sekiranya punca pendapatan tu belum tentu halal atau tidak.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. wahhh baguslah macam nih.sbenarnya sy dah lama nk tanya kt blogger2 lama,mmg ping busuk tu penuh dgn entri lucah je ke…rasa was2 gak nak ping kat situ.sbb masa dulu2,ping busuk ni tak de lah macam tuh….sy dah lama tinggalkan blog, bila datang blogging balik jadi mcm tuh…blogged.my pun dah nampak byk entry lucah….

  2. betul tu..pernah sekali aku ternampak blog memaparkan video lucah..tapi ping kat busuk..Memang hits la tapi xeloklah kan..lebih baik jangan ada entry lucah langsung atauoun admin busuk kena tapis dulu sebelum paparkan ke halaman utama..betul x cadangan ni?

  3. Thanks, kami baru buat sistem baru.
    Sebelum ni dah perkenalkan butang FLAG, tapi nampaknya kurang efektif kerana ianya bergantung kepada para pelawat untuk FLAG sesuatu entry. Dengan sistem baru ni, kalau ada keyword yang “bermasalah”, kami akan filter dan admin akan review sebelum artikel tersebut diapprove. Harap2 lebih efektif

    Terima kasih kerana menyokong Busuk.org πŸ˜€

    • No problem bro. Usaha yang baik akan disokong ramai. Tapi tadi ternampak ada 2-3 entry yang macam saja nak test sistem. Apa lah masalah diorang.

  4. Dulu KA pernah juga nak tarik trafik maklumlah belog masih baru.. tapi dengan entry macam tue belog carian dah jadi beloh porno lak. So kurangkan gambar2 yg buleh menjolok mata si buaya darat yang singgah belog KA…wakakakah.. tapi masalahnya apa yang diorang nak tengok benda 2 juga.. dah memang sah laa ramai buaya darat + tembaga suka benda2 cam 2..

    • jangan bimbang, sekiranya entri blog anda tidak ada unsur lucah, admin akan approve entri itu. admin busuk juga tahu baik dan buruk sesuatu entri itu. fungsi review itu untuk menapis entri daripada unsur lucah. kalau takde masalah dengan entri anda, admin akan approve. yang penting, fungsi filter entri lucah ini telah berjaya mengurangkan spam entri lucah di ping busuk.

      terima kasih kerana menggunakan servis busuk.
      -mya

  5. Assalamualaikum admin. Kebetulan hari ni teringin nak tengok satu tajuk.. dan secara terkebetulannya ada sesuatu yang sangat memalukan dan tak sepatutnya ada.
    saya buka tajuk “cara tidur nabi muhammad” menggunakan google dan pergi ke imej. apabila saya turunkan kebawah sampai ke “page” 2 ada satu gambar yang di muat turun oleh PING BUSUK.
    elok lah ambil tindakan yang sepatutnya… admin bertanggungjawab sebelum di hebohkan…

    • Waalaikumussalam. Sebenarnya saya bukan admin busuk. Cuma entri ni merujuk kepada mereka. Terima kasih atas keprihatinan saudara/saudari. Mungkin kalau admin ping busuk terbaca, mereka boleh ambil tindakan.

    • maaf kerana admin baru sahaja terbaca komen anda, sekiranya ada gambar atau artikel yang pelik2, diharapkan readers atau bloggers boleh email terus link tersebut kepada kami di busuk.org@gmail.com. admin akan terus review link tersebut on the spot. maaf di atas kekurangan di pihak busuk.org.
      -mya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *