in ,

Piano Untuk Khair


Berminggu-minggu survey, berpuluh-puluh web dah aku search pasal piano. Akhirnya tercapai juga hajat nak belikan Khair sebiji piano. Hari ni tarikh keramat bila lori yang ditunggu-tungu akhirnya sampai juga untuk deliver refurbished piano yang ditempah bulan lepas. Sebiji upright piano daripada jenama KAWAI, model KS1. Jujurnya ini je termampu untuk aku beli, tapi yang penting.. piano ni exam grade.

Actually dulu aku tak bercadang pun nak beli piano yang semahal sebiji iPhone 11 Pro Max ni, dalam hati mungkin nak beli cukup sekadar keyboard yang banyak dijual murah kat dalam Shopee.

Tapi selepas mendengar nasihat dan saranan daripada cikgu piano Khair sendiri bahawa penggunaan piano exam grade ni lebih elok kerana ianya memudahkan pelajar untuk praktis jari (spesifikasi piano ini sama dengan piano yang digunapakai ketika exam), maka aku pun mengiyakan je la apa yang cikgu sarankan. Nak bangkang pun bukan aku tahu sangat pasal piano. Hahaha.

By the way, nak bercerita tentang piano yang aku beli ni.. ianya bukanlah piano baru yang keluar dari gudang. Tapi sebenarnya ia adalah refurbished unit dimana piano ni sebenarnya adalah merupakan sebiji piano second hand yang diperbaharui semula.

Dengan erti kata lain, sebelum beli tu.. masa aku pergi tengok kat kedai, piano second hand ni ada la nampak macam ada calar-calar halus kat body dia dan key piano pun nampak kekuningan tapi masih berfungsi dengan baik. Tapi bila dah beli, kedai piano tadi akan cantikkan balik piano ni dengan lapisan cat yang baru, dipolish serta di retune bagi mengembalikan keadaannya seperti piano baru balik.

Dan so far melalui pemerhatian awal aku.. bila piano refurbished dah dihantar ke rumah aku pun, honestly.. memang tak nampak second hand pun piano nya. Malah, aku kagum sebab nampak macam piano baru keluar dari gudang. Siap string piano dan part dalaman tu nampak bersih bukan main macam baru punya. Hohoho.

Ni orang yang datang hantar tengah pasang heater piano

By the way nak kongsikan juga apa yang pernah tokey kedai piano explain kat aku hari tu, katanya nak beli piano untuk permulaan ni tak perlu nak cari jenama yang gah-gah (sebagai contoh Yamaha), kerana aku difahamkan.. dengan range harga yang sama RM6000 contohnya, untuk brand Kawai dah boleh dapat yang intermediate level piano, sedangkan untuk brand Yamaha hanya dapat yang beginner piano. Gitu lah lebih kurang katanya

Note: Harga refurbished piano dah naik harga, tengok la.. kat Shopee yang majoriti barang murah pun dah kurang-kurang jadi RM7000+.. Harga piano upright Shopee

Lepas tu dia ada bagitahu jugak, rata-rata refurbished piano Kawai yang dijual dalam negara kita ni usianya dah dalam 40-50 tahun (boleh check thru nombor siri kat bawah ni).

Dan dia pesan, sebelum nak beli piano Kawai.. tanya seller sama ada internal part kat dalam piano tu sama ada plastik ataupun kayu. Sebabnya kalau dapat cari model piano Kawai yang pakai internal parts kayu, lebih tahan lama. Nak servis pun lebih murah dan mudah (part by part pun kecil-kecil je), compare dengan model yang guna internal part yang plastik.. kalau ada part yang rosak, selalunya kena tukar by module (sekumpulan part yang lebih besar).

Yeay! Dah ada piano untuk praktis kat rumah

p.s: Untuk piano yang aku beli ni asalnya piano key dia diperbuat daripada gading gajah. Tapi disebabkan masa refurbish tu, lapisan luaran key tu dah tak nampak cantik walaupun dipolish.. maka tokey kata, pakai piano key yang baru terus (putih dan cantik). Cumanya yang baru tu diperbuat daripada plastik la. Yang ni aku tak kisah plastik.. asalkan cantik dan bukan internal part yang plastik. Heee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. anak saya pun baru start belajar main piano.
    and saya pun tengah survey nak beli piano.
    plan nak beli digital piano dulu.
    tq atas perkongsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *