in

Petua Hilangkan Batuk Bayi Dengan Daun Sireh


Anak kecil di bawah usia 1 tahun sememangnya tidak digalakkan untuk mengambil sebarang ubatan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Ini kerana organ dalaman mereka masih belum cukup kuat dan matang untuk memproses ubat-ubatan yang diberikan.

Selain membiarkan self healing untuk proses bayi menguatkan antibodi mereka, rawatan semula jadi turut membantu dalam merawat sesuatu penyakit. Sebagai contoh, batuk dirawat menggunakan daun sireh.

Terpanggil untuk berkongsi info, puan isteri pernah bercerita tentang dia pernah mendapat saranan daripada officemate-nya tentang petua merawat batuk bayi menggunakan daun sireh.

Actually itu bukan kali pertama aku mendengarnya, malah dalam laman sosial FB juga pernah viral satu ketika dulu akan petua daun sireh ini yang mana ia dikatakan mujarab untuk mengeluarkan lendir dan kahak.

1 ikat, 100 helai. Beli kat pasar besar Kajang

Lately, oleh kerana Haziq yang baru berusia 5 bulan mengalami batuk yang agak melarat, aku dan isteri tawakal untuk mencuba petua ini.

  1. Daun sireh disalaikan atas api sehingga lembut kemudian permukaannya disapu dengan Vicks.
  2. Lekatkan pada bahagian dada dan juga belakang bayi.
  3. Biarkan ia kering.

Hasil semalaman membiarkan sireh melekat di dada dan belakang Haziq, batuk Haziq nampak berkurang.

Cuma kahak belum keluar sepenuhnya. Tetapi, dengan menggunakan petua daun sireh ini dapat dilihat Haziq lebih selesa untuk bernafas. Bukan seperti sebelum ini nafasnya agak tersangkut seperti menahan batuk.

Mungkin berkesan agaknya. Kena continue amalkan 2-3 hari untuk nampak effect yang sebenar.

p.s: Tak sangka, daun yang agak berbau ini ada khasiat menyembuhkan batuk. Recommended untuk tanam dikawasan rumah, sebab kalau nak beli bukan semua kedai ada jual. Selalunya kedai runcit india saja yang ada.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *