Sebelum ni memang timbul rasa ragu-ragu dalam diri aku bila ada orang share tentang kelebihan kunyit hidup untuk pulihkan selsema bayi. Cuma, bila Haziq terkena selsema baru-baru ni je baru aku tergerak hati untuk mencuba.
Actually lepas 5 hari Haziq kena bemalam di wad tempoh hari, masa discharge dari wad.. dia masih lagi selsema. Cuma selsemanya tu tak berapa teruk, yang mana orang masih boleh nampak hidungnya berair.
Untuk makluman korang, pada masa ni.. Ubat selsema yang dapat daripada hospital masih lagi on. Cuma, aku dengan niat tawakkal.. cuba praktikkan petua yang mak aku kongsikan setelah dia dapat tahu jiran sebelah rumah dia yang amalkan tips lumur kunyit hidup ni pada hidung bayi dan diberitahu oleh jiran itu, petua ini berkesan.
Oleh kerana risau selsema Haziq melarat jadi teruk balik. Maka, dengan kos semurah 25 sen, dapat lah aku beli 2 ketul kecil kunyit hidup.
So, bila balik rumah.. aku bersihkan kemudian tenyeh kunyit hidup tu pada ulu lesung untuk dapatkan air kunyit.
Kemudian, air kunyit itu pula disapu pada pangkal hidung Haziq (T-section).
Dan disini.. sebab kenapa aku wujudkan entri ini, adalah untuk berkongsi resultnya.
Allahuakbar..
Antara percaya dengan tak percaya.. Selepas 3 malam mengamalkan petua ni, Alhamdulillah. Apa yang aku nampak, hidung Haziq dah tak berair. Jujurnya aku sendiri pun tak berapa pasti sama ada petua kunyit ini ke yang betul-betul sembuhkan selsema Haziq ataupun ianya kesan daripada makan ubat selsema.
Tapi, jauh didalam hati kecil ini mengatakan ia adalah kesan daripada air kunyit hidup yang pernah aku sapu.
Yelah, sebab sebelum ni pun bila makan ubat selsema pun lambat nak hilang. So, bila nampak kesan positif yang ketara selepas sapu air kunyit hidup tu.. memang aku dah terang lagi bersuluh la aku akan memihak pada kunyit hidup. Huhuhu
Apa-apa pun.. petua ini sekadar tawakkal. Nak percaya 100% memang susah. Tapi disebabkan aku dah sapu, dan ternyata ianya nampak seperti berkesan.. Jadi, kalau anak-anak korang selsema.. boleh je cuba petua ni.
Lagipun, kunyit hidup kan natural remedy. So takkan ada kesan sampingan la melainkan hidung jadi sedikit kekuningan. Hahaha.
p.s: Tak sanggup rasanya nak tengok anak sakit lagi. Tambah pulak kena stay kat wad. Sejuk wehhh!
Boleh cuba la kebetulan baby memang tengah selsema skg.
Cuba la. Sapu masa anak tidur pun okay.
pernah cuba.. so far menjadi. alhamdulillah
Boleh cuba juga ni, sebab baby pun asyik soh seh susah untuk dia nak hisap susu
biasa anak below 2 tahun, memang tiada ubat khas doc bg.klu dpt pun paracetamol. so kena try petua orang dulu-dulu.
Setuju sangat. Saya dah cuba pada baby saya usia 3 bulan. Selesema hilang dalam masa 10 minit dan baby pun boleh tidur lena. Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Anak saya umur 5 masih amalkan sapu kunyit.sangat mujarab.bantu anak tidur lena dan hidung berair cepàt kering.
Inshallah dengan izin Allah.