in

Petua Banyakkan Susu Badan Yang Betul-Betul Menjadi


Berjaya juga yakinkan puan isteri untuk tak gunakan mana-mana produk milk booster. Just gunakan petua tradisional untuk banyakkan susu badan.

Petua yang dimaksudkan adalah dengan mengamalkan meminum air rebusan kurma merah dan juga longan kering.

Actually, petua ini dapat daripada kakak aku. Mak aku yang sampaikan pada aku untuk suruh puan isteri amalkan. Dulu masa kakak bersalin, dia amalkan petua ini.. Alhamdulillah, dapat produce banyak susu badan.

Untuk buat air rebusan kurma merah dan longan kering ini mudah, bahan-bahan yang digunakan boleh dibeli di supermarket yang berdekatan.

Seperti yang aku suruh puan isteri buat, ambil 5 biji kurma merah dan 5 biji longan kering dan bersihkan.

Biji kurma merah hendaklah dibuang terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja.

Rebuskan kurma merah dan longan kering ini bersama 2 cawan air, kemudian jika nak tambahkan rasa manis, letakkan seketul gula batu.

Biarkan air mendidih, kemudian ianya sedia diminum.

Ingin berkongsi info mengenai rasa air rebusan kurma merah dan longan kering ini, ada juga aku bertanya pada puan isteri.

Rasa air ni macam mana?.. Sedap ke?

Lalu puan isteri menjawab,

Rasanya macam teh cina. Rasa longan sikit dengan rasa manis-manis buah. Sedap.

Alhamdulillah. Lega dengar jawapan puan isteri. Aku tersenyum. 🙂

Aku cukup masak dah dengan perangai dia. Kalau tak sedap, memang lepas ni dia tak akan minum dah. So, bila dia kata sedap tu faham-faham je lah kan. Hoho.

Nota: Selepas beberapa hari mengamalkan petua meminum air rebusan tradisional ini.. Alhamdulillah, nampaknya stok susu badan puan isteri tak putus-putus. So, boleh menyusu baby Haziq dengan senang hati. Hee

p.s: Selain amalkan petua ni, kalau boleh elakkan isteri daripada stress kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengeluaran susu badan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. Sedap woo. Lisa biasa minum .. sebab boss cina kan. dia ajar la masak macam ni . tak tau pulak boleh banyakkan susu

  2. Sebenarnya banyak makanan-makanan semulajadi seperti kurma, buah tin dan lain-lain yang boleh jadi milk booster. Tapi, tak ramai yang nak ikut.

  3. Saya dah cuba tapi tak ada air susu juga mungkin sebab besalin operation ubat bius lebih sampai 5kali bius tapi minum perut kempis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *