in ,

PETRONAS Switch For XTRA Race Appreciation Party


Pernah Hafiz mention pasal event ni pada entri yang lepas, tapi Cuma dalam bentuk kiasan sahaja. Actually event ini adalah party event yang dianjurkan oleh PETRONAS Dagangan bagi kempen PETRONAS Switch for XTRA Race.

Ia bertujuan untuk menghargai dan menyampaikan hadiah kepada para peminat yang setia menyokong (supporters/top fans) kempen ini.

Sebelum Hafiz pergi lebih detail, disini disertakan sedikit info tentang Switch for XTRA Race:

  • Sebuah kempen sosial media yang menggabungkan 3 selebriti tempatan (Awal Ashaari, Scha Alyahya, Faizal Ismail FBI) dan seorang selebriti blogger (Hanis Zalikha) untuk bertanding di dalam satu perlumbaanmaya.
  • Untuk berlumba, keempat-empat selebriti perlu mendapatkan undian (fan-fuelled) dari penyokong bagi membolehkan mereka mara kegarisan penamat. Pelumba selebriti yang pertama melintasi garisan penamat dan top supporter bagi selebriti tersebut bersama-sama akan ditabal sebagai pemenang.
  • Selebriti yang memenangi kempen ini adalah Faizal Ismail FBI, diikuti oleh Scha Alyahya ditempat kedua, Hanis Zalikha ditempat ketiga dan Awal Ashaari ditempat yang keempat.
  • Hadiah berupa RM5000 beserta PETRONAS Gift Card benilai RM200 akan diberi kepada supporter teratas selebriti yang memenangi kempen.
  • Hadiah berupa RM3000 beserta PETRONAS Gift Card benilai RM200 akan diberi kepada supporter kedua teratas selebriti yang memenangi kempen.
  • Hadiah berupa RM1000 beserta PETRONAS Gift Card benilai RM200 akan diberi kepada supporter ketiga teratas selebriti yang memenangi kempen.
  • 60 top fans keseluruhan akan berpeluang untuk bersama selebriti dalam ekspedisi merentasi negara. Mereka akan dijemput menyertai uji bakat bagi melayakkan diri ke Switch for XTRA Road Challenge.

Antara top fans selebriti Switch for XTRA Race.

Menarikkan? Itu baru untuk fasa yang pertama. Disamping majlis penghargaan, majlis itu juga akan berfungsi sebagai majlis rasmi untuk mengumumkan kempen terbaru iaitu Switch for XTRA Road Challenge. Ia adalah kempen lanjutan ataupun fasa kedua untuk Switch for XTRA Race.

Dihostkan oleh Youtube dimana korang sebagai pelayar boleh melayari rancangan eksklusif ini di channel PETRONAS Brands. Disitu korang boleh mengikuti perkembangan 4 selebriti ini bersama 2 supporter yang telah terpilih untuk menyelesaikan cabaran-cabaran yang menarik. Tak dilupakan juga laman rasmi Facebook PETRONAS dan hashtag rasmi #Switch4XTRA bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan melalui laman Twitter PETRONAS.

Berikut adalah supporter pasukan masing-masing yang telah terpilih untuk Switch for XTRA Road Challenge:

Team Awal Ashaari; bersama Faudzul Azim bin Md Yusof dan Azman bin Rahim

Tarikh cabaran: 26-28 Oktober 2012

Team Hanis Zalikha; bersama Tiffany Ooi Wei Lin dan Farhana Azreen binti Ismail

Tarikh cabaran: 2-4 November 2012

Team Scha Alyahya; bersama Noor Huda Binti Daud (tiada dalam gambar)danUmadevi Vengdesh

Tarikh cabaran: 16-18 November 2012

Team Faizal (FBI); bersama Ahmad Izzudin bin Mat Salleh dan Affandy bin Hushni

Tarikh cabaran: 9-11 November 2012

Setiap pasukan akan dihantar menjelajah ke sesuatu tempat di dalam negara. Oleh kerana kempen ini adalah fan-fuelled seperti kempen yang sebelumnya, setiap cabaran yang diberikan hanya akan berjaya dilaksanakan dengan bantuan penonton dan orang ramai (kita-kita semua lah). Dan dua webisodes (episod perjalanan) mereka termasuk pengenalan dan trailer sepanjang melakukan tugas itu kemudiannya akan dipaparkan di youtube tadi.

Urutan webisodes:

  • Team Awal Ashaari
    • Webisode pertama: 7 November 2012
    • Webisode kedua : 9 November 2012
  • Team Hanis Zalikha
    • Webisode pertama: 14 November 2012
    • Webisode kedua : 16 November 2012
  • Team Scha Alyahya
    • Webisode pertama: 21 November 2012
    • Webisode kedua : 23 November 2012
  • Team Faizal (FBI)
    • Webisode pertama: 28 November 2012
    • Webisode kedua : 30 November 2012

Hohoho..So korang semua, jangan lupa tengok tau webisode-webisode ni kat Youtube. Banyak karenah-karenah yang mencuit hati sepanjang rakaman dilakukan. Dan yang pastinya, Hafiz mesti akan sokong Team Hanis Zalikha, gadis idaman kalbu. Owhhh…Comelnya. Hehehe. Korang pulak sokong pasukan mana?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

19 Comments

Leave a Reply
  1. Fuhhhhhh……!!! Kalau tahu awal, nak juga join contest ini…

    Sure muka bro masuk blog korang je memanjang 🙂

  2. blogger mesti sokong blogger yg lain. sayangnya tak boleh nak komen guna url kat blog hanks zulaikha. kalu tak mesti dah bagj sokongan moral.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *