in

Petit Pli, Pakaian Yang Boleh Mengembang Mengikut Saiz Tubuh Badan Anak


Kadar tumbesaran anak-anak sememangnya pantas. Dalam selang beberapa minggu sahaja, baju yang baru dibeli bulan lepas tidak lagi muat untuk dipakai. Pembaziran seperti ini jika berpanjangan sudah semestinya mendatangkan masalah kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Menyedari wujudnya permasalahan ini dikalangan ibu bapa, terhasilnya satu koleksi pakaian kanak-kanak yang diberi nama Petit Pli, dimana pakaian yang dihasilkan direka untuk turut membesar (mengembang) selari dengan pembesaran si anak.

Menggunakan konsep origami serta rekaan pengecutan Negative Poisson’s Ratio, pakaian Petit Pli ini sekiranya dipakai akan bertindak membesar mengikut saiz tubuh badan si anak secara berperingkat.

Jika dilihat secara teori, konsep yang diketengahkan ini sememangnya membolehkan anak-anak memakai pakaian Petit Pli lebih lama berbanding pakaian kanak-kanak biasa. Selain boleh membesar, difahamkan juga koleksi-koleksi pakaian ini menggunakan material ultra-ringan dengan fungsi kalis air dan bebas peredaran udara.

Rekaan kreatif ini telah memenangi anugerah Dyson Award 2017, dan perekanya Ryan Yasin bercadang untuk menggunakan wang hadiah yang diterimanya untuk komersialkan lagi ciptaannya.

Sumber: Petit Pli


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *