in

Pesta Makan Durian Kembali


Bermula pada Jumaat 7hb Disember hingga Selasa 11hb Disember 2012, berlangsungnya Pesta Makan Buah anjuran FAMA. Bertempat di Precint 2, Putrajaya. Hafiz bersama adik beradik tidak ketinggalan untuk menghadirkan diri ke buffet “Raja Buah”. Dengan bayaran sebanyak RM15 bagi dewasa, RM10 bagi warga tua dan RM5 bagi kanak-kanak..sudah semestinya sesuatu yang agak berbaloi bagi kitorang yang dikategorikan sebagai “Hantu Durian”.

Gambar kat entrance je ada, gambar tengah makan tak ada sebab masing-masing busy makan durian

Mana tak berbaloinya, sekali bayar..makanlah sampai muntah. Tak perlu lagi cari durian crepe yang sememangnya susah nak dicari sekarang ni (kat Mid Valley selalu je out of stock). Makan yang original terus. Nak mengadap durian D24 tu dari jam 10 pagi (waktu pesta bermula) hingga 10 malam (waktu pesta berakhir) pun boleh, tak ada siapa yang larang. Selain itu, terdapat juga rambutan dan manggis yang disediakan. Manalah tahu, sambil-sambil makan durian mungkin sekali-sekala nak suap juga buah lain ke dalam mulut.

Booth yang turut menjual pelbagai buah-buahan tempatan

p/s: Balik ke rumah dengan perut yang penuh diisi dengan durian, baring dalam bilik pasang aircond. Panasss..


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

25 Comments

Leave a Reply
  1. awal bulan saya beli durian penuh satu bonet. tapi saya masukkan dalam peraduan.
    kalu bro rajin,marilah try teka.

    dah banyak sgt makan durian smp wife saya pun dah tak heran lagi ngan durian. anak pun pagi2 dah mengadap durian.

  2. best gileee… patut la pergi pasar presint 2 parking bukan main penuhh… ade pesta buah rupenye… best gile…tapi hasben tak makan durian, segan nak makan sorang2…sedey sedey.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *