Yeah.. Bermula hari ini sehingga 4 Mei 2014, berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di Dewan Merdeka PWTC.
Tempat yang menghimpunkan pelbagai bahan bacaan yang menarik, sesuai kepada semua peringkat umur.
Melalui apa yang telah aku dengari daripada sumber-sumber terdekat, terdapat banyak promosi menarik yang ditawarkan. Selain daripada diskaun keatas pembelian bahan-bahan bacaan, terdapat juga syarikat-syarikat penerbitan yang menawarkan pakej-pakej tertentu.
Salah satu pakej menarik yang ditawarkan, datangnya daripada PTS Media Group. Secara keseluruhannya terdapat 7 pakej buku yang ditawarkan oleh mereka kepada pengunjung:
- Pakej Sejarah Islamik
- Pakej Buku Kanak-Kanak
- Pakej Komik-M
- Pakej Buku Motivasi
- Pakej Buku Resipi
- Pakej Novel Dewasa
- Pakej Buku Kamera
Selain daripada itu, pihak PTS Media Group juga menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pembaca buku mereka, diantaranya ialah 3 unit iPad Mini dan 2 unit camera Instax Mini sebagai hadiah cabutan bertuah dan juga 50 hadiah misteri kepada pembeli terawal setiap hari.
Bukan itu sahaja. Malah, untuk memeriahkan lagi suasana pesta buku tahun ini, PTS Media Group juga dilihat membawa idea yang agak menarik kepada semua pengunjung kerana di booth mereka yang terletak di tengah-tengah dewan itu nanti akan diadakan program-program ilmiah yang berbeza setiap hari.
Wow.. Menarik bukan?
Sememangnya untuk Pesta Buku Antarabangsa kali ini, aku tidak sabar menunggu hari sabtu untuk kesana. Selain dapat menyertai program Hari Masterchef PTS, bolehlah juga nanti aku membeli bahan-bahan bacaan untuk Khair.
Info tambahan
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan update terkini tentang PTS Media Group, jangan lupa untuk mengikuti rangkaian sosial media mereka di:
- Laman web : PTS.com.my
- Laman FB : FB.com/bukupts
- Twitter : Twitter.com/bukupts
- Instagram : Instagram.com/bukupts
- Youtube : Youtube.com/user/mediaTVdotpts
p/s: Kalau jumpa nanti tegur-tegur lah ye.
Buku PTS sudah semakin dikenali.. terbaik lah.. jom ke sana!!!
Aku nak gi pesta buku ni minggu depan.. Boleh singgah booth PTS.. Joomm..
Jom pakat serbu booth PTS ramai²… Janji iPad mini tu aku yang punya 😛
Bestnya aktiviti yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa… Nasib baiklah sejak kebelakangan ini saya banyak menerima hadiah buku, jadi dapat meredakan nafsu untuk membeli buku… 😉
next week opis dkna buat lawatan cik kiah kat sana…
Nampaknya ini adalah idea yang baik untuk saya habiskan masa lapang untuk SABTU AHAD nie…..
tahun ni memang tak pergi la jawabnya..
Bagus ni..boleh bawa anak2..program macam ni boleh melatih anak supaya lebih ke arah untuk memupuk minat membaca..
Bestnya.. Kalau jadi nak pergi lah hari ni ke Pesta Buku ni.
Ade rezeki… nk pi la esok
sekalipun aku tak pernah pegi..teringin tu memang ada..tapi apakan daya..adeh..
Hari khamis cuti umum. Pegi waktu tu mesti best..