in

Perubahan KTM Komuter


Okay..Kali ni aku memang betul-betul excited dengan KTM Komuter.

Dah berkurun aku tak naik. Kali terakhir aku jejakkan kaki ke dalam komuter pun pada tahun 2004 dimana pada ketika itu aku masih lagi seorang penuntut di Malaysia France Institute.

Masih segar dalam ingatan bagaimana keadaannya dalam komuter yang ketika itu berhimpit dan padat dengan penumpang yang bermacam-macam jenis bau..Pehh, pening wooo.

Selain daripada itu, schedule perjalanan KTM Komuter juga yang kerap delay dan berterabur..membuatkan aku selalu berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan komuter sekiranya tak ada transport nak ke bandar.

Tapi..

Itu cerita 10 tahun yang lepas punya.. Sekarang? Nah..

KTM Komuter
Khair first time naik komuter.

Koc KTM Komuter

Pintu keluar KTM Komuter

Aku rasakan dah terlalu banyak perubahan yang pihak KTM Komuter lakukan. Naik taraf dari segi keselesaan koc yang lebih cantik dan kemas. Dan yang paling penting, koc khas wanita diasingkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ladies only

Bau-bau ketiak pun dah tak ada weh. Nyaman, rasa nak tertidur pun ada.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Aku pun dah lama tak naik tren.. Paling tak best dgn komuter ni bila asyik delay je.. Sekejap takpe.. Kadang2 sampai berjam-jam dok tunggu tren datang.. Sekarang ni taktau macam mana.. Mungkin KTM dah improve servis diorang..

  2. Sudah lama tidak naik KTM Komuter. Dahulu balik kampung naik Komuter ke Seremban sebelum sambung perjalanan naik bas ke Melaka. Sekarang ini sudah tentu banyak perubahan termasuk sistem tiket dan koc khas untuk wanita.

  3. da lama jugak tak nak komuter ni…dulu time belajar memang selalu naik komuter ni…bau2 tu biasa la…lagi2 time2 puncak…perghhh…nak pengsan wooo…hee

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *