Okay..Kali ni aku memang betul-betul excited dengan KTM Komuter.
Dah berkurun aku tak naik. Kali terakhir aku jejakkan kaki ke dalam komuter pun pada tahun 2004 dimana pada ketika itu aku masih lagi seorang penuntut di Malaysia France Institute.
Masih segar dalam ingatan bagaimana keadaannya dalam komuter yang ketika itu berhimpit dan padat dengan penumpang yang bermacam-macam jenis bau..Pehh, pening wooo.
Selain daripada itu, schedule perjalanan KTM Komuter juga yang kerap delay dan berterabur..membuatkan aku selalu berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan komuter sekiranya tak ada transport nak ke bandar.
Tapi..
Itu cerita 10 tahun yang lepas punya.. Sekarang? Nah..

Aku rasakan dah terlalu banyak perubahan yang pihak KTM Komuter lakukan. Naik taraf dari segi keselesaan koc yang lebih cantik dan kemas. Dan yang paling penting, koc khas wanita diasingkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Bau-bau ketiak pun dah tak ada weh. Nyaman, rasa nak tertidur pun ada.
Aku pun dah lama tak naik tren.. Paling tak best dgn komuter ni bila asyik delay je.. Sekejap takpe.. Kadang2 sampai berjam-jam dok tunggu tren datang.. Sekarang ni taktau macam mana.. Mungkin KTM dah improve servis diorang..
sekarang better bro..selesa..next time mungkin aku akan naik lagi.
Sudah lama tidak naik KTM Komuter. Dahulu balik kampung naik Komuter ke Seremban sebelum sambung perjalanan naik bas ke Melaka. Sekarang ini sudah tentu banyak perubahan termasuk sistem tiket dan koc khas untuk wanita.
Memang dah selesa dah naik komuter ni sejak diorang perkenalkan koc baru. Jadualpun takda la selama dulu. Kira ok la.
aku cuma pernah tengok je KTM ni…xpernah naik..kat kl dulu gua merempit je..dari pantai dalam ke jln duta
wah..lagi hebat..tak pernah naik komuter langsung..hehe
Teringin nak bawa anak-anak naik komuter bila tengok gambar kat atas tu…
pergi la bro..sekali sekala bawak family nak komuter seronok jugak
dah lama gila aku tak naik komuter. hoho..
Lama dah tak naik komuter, sejak dari tahun 2000
Lama betul tak naik KTM. Sejak dah ada kereta ni. KTM memang pilihan terakhir,
memang ada plan utk bawak anak-anak naik komuter atau lrt bila kesempatan
loorrrr.. dkna duk tertunggu cerita tidur ternganga hahahaa..hamboii khair, puting tak lepas 🙂
citer awek ternganga takde dkna..gambar tak ambik..haha
tapi kan …. ada je mat bangla dan nepal selamba je masuk coach pompuan buat muka tak bersalah… ahhahahaha
itu jenis otak letak kat lutut bro.haha
Dah lama tak naik komuter ni…hehehe
da lama jugak tak nak komuter ni…dulu time belajar memang selalu naik komuter ni…bau2 tu biasa la…lagi2 time2 puncak…perghhh…nak pengsan wooo…hee