in ,

Pertama Kali Masuk Kejohanan Taekwondo


Hari ni hari bersejarah buat Khair. Sebab buat kali pertama dalam hidupnya, dia join kejohanan Taekwondo. Kejohanan tu bukan kejohanan kat sekolah, tapi kejohanan terbuka antara kelab dalam Selangor. Bukan aku yang suruh, tapi dia sendiri yang nak join.

Ceritanya macam ni.. Minggu lepas bila habis weekly training taekwondo kat sekolah, master ada buat announcement untuk siapa yang berminat nak join kejohanan supaya daftar cepat-cepat. Aku seminggu sebelum tu pun sebenarnya dah tahu tentang kejohanan tu sebab awal-awal lagi dah ada dapat info dalam group whatsapp. Dan pada masa tu, aku tak rasa Khair berminat nak join kejohanan semacam ni.

Tapi.. tak sangka pulak Khair ni bila dia dah dengar master dia announce macam tu, dengan lajunya dia bagitahu aku yang dia dah bagi nama untuk join sekali. Kategori individu pulak tu. Hohoho. Aku agak terkejut, tapi tak apa lah.. dah nama pun dia nak join willingly. So, aku layankan aje.

6th JLK/Putrajaya MILO Poomsae Taekwondo Championship 2019

Lagipun kejohanan yang dia join ni bukanlah jenis kejohanan yang kena sparring, tapi ini adalah poomsae competition. Tak ada lawan-lawan, cuma lebih kepada peserta kena perform pattern level masing-masing mengikut warna tali pinggang.

Susah? Tak susah pun sebenarnya sebab dia kena hafal step pattern. Dan pengiraan point pun lebih kepada gerakan teknik asas, koordinasi, kelancaran, ketepatan dan lain-lain.

Tapi actually.. secara jujurnya untuk kejohanan tu pun bukanlah kata aku tahu sangat, sebab kejohanan macam ni pun merupakan kali pertama aku tengok live. Live pun bila tengok anak sendiri join. Walaupun aku dulu pernah belajar taekwondo, tak pernah merasa lagi weh join kejohanan macam ni. Hohoho.

So, disebabkan Khair baru level kuning 2, maka garis panduan pertandingan yang perlu Khair ikut, iaitu dia kena perform 2 jenis pattern. Taeguek 1, yang ni wajib. Manakala Taeguek 2, yang ni optional.

Seawal pertandingan masa dia tengah gather dengan team member, boleh nampak muka dia nervous. Tapi sebagai mak dan ayah, aku dan wife lambai-lambai je tangan kat dia.. hopefully bila buat macam tu dapat naikkan semangat dia sebab kitorang duduk jauh kat seat audience. Hohoho.

Akhir pertandingan, sayangnya Khair tak qualified untuk proceed ke round seterusnya. Aku tak sure yang terpilih kena perform pattern lagi sekali atau pemenang dah ditentukan, tapi bagi Khair.. sampai situ je penamatnya. Dia dah boleh tinggalkan gelanggang.

Walaupun realitinya dia tak menang dapat nombor 2 atau 3 ke.. tapi aku tau, at least mesti dia dah dapat pengalaman yang berguna dan dah tau macam mana suasana dalam pertandingan.

Hopefully akan datang dia tak give up untuk join lagi pertandingan macam ni, dan akan cuba lagi buat yang terbaik. Hee


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *